Filem ‘Tenet’ ditangguhkan secara rasmi oleh pihak produksi Warner Bros. Tenet, filem epik terbaru arahan Christopher Nolan pastinya menjadi filem terbesar tahun 2020 yang terjejas teruk akibat wabak Covid-19. Disebabkan itu juga, ia telah memberi kesan buruk kepada perniagaan yang berfokus pada hiburan seperti pawagam. Tayangan filem tersebut pada awalnya dijadualkan untuk debut pada 17 Julai, kemudian ditunda…
Mi Band 5 Akan Dikenali Sebagai Mi Smart Band 5 Di Malaysia – Akan Tiba 24 Julai Ini
Mi Band 5 sudah lama dilancarkan di China dan anda sememangnya sudah boleh membeli gelung pintar ini yang dijual secara atas talian. Namun, sebagai set rasmi pasaran Malaysia, ia masih lagi belum dijual. Hari ini Xiaomi Malaysia membuat pengumuman ketibaannya secara rasmi pada 24 Julai. Apa yang perlu anda tahu adalah ia bakal dikenali dengan…
Off-White x Air Jordan 4 “Sail” Dilancarkan Minggu Ini
Berikutan dengan pelancaran Off-White x Air Jordan 5, dua jenama besar ini juga berkolaborasi untuk mengeluarkan model Air Jordan 4. Off-White x Air Jordan 4 “Sail” akhirnya akan dilancarkan minggu ini pada 25 Julai. Bertemakan warna pastel, Air Jordan 4 ini pada mulanya dipratonton sebagai sampel di pameran “Figures of Speech” Virgil Abloh di MCA…
OnePlus Buds Diumumkan – Sokongan Dolby Atmos Dan Ketahanan Bateri Sehingga 30 Jam
Untuk sebuah fon telinga, OnePlus bukanlah jenama asing kerana sebelum ini sudah banyak kali hadir dengan edisi fon telinga Bullets mereka. Namun setakat ini fon telinga yang ditawarkan masih lagi wayar. Dengan OnePlus Buds yang baru sahaja diumumkan ini, ia menjadi true wireless stereo (TWS) pertama dari jenama itu. Fon telinga ini telah diumumkan seiring…
AMD Ryzen 4000 Versi Desktop Diperkenalkan – Terdapat Juga Variasi PRO Untuk Kelas Bisnes
Tarikh keramat untuk pembina PC tegar yang mahukan produk dan perkakas baharu, hari ini AMD telah mengumumkan cip pemprosesan Ryzen 4000 untuk versi dekstop. Sebelum ini sememangnya sudah ada cip ini, namun ia merupakan versi yang digunakan dalam komputer riba sahaja. Secara lebih tepat lagi, siri yang diumumkan ini adalah siri G yang turut dimuatkan…
Komputer Riba Pertama Mempunyai Sambungan Wi-Fi
Tidak perlu diperdebatkan lagi, jenama Apple sememangnya cukup popular diseluruh dunia. Sehingga kini pelbagai produk telah sedia ditawarkan dari barisan komputer riba hinggalah kepada telefon pintar mereka, iPhone. Tarikh 21 Julai mungkin salah satu tarikh yang tidak akan dilupakan bagi pengeluar itu kerana, 21 tahun yang lalu mereka telah memperkenalkan iBook, sebuah komputer riba lengkap…
