Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nvidia ultimate countdown

NVIDIA Mengacah Ultimate Countdown, Dijangka Akan Perkenal Kad Grafik Baru

Diterbitkan Ogos 11, 2020 oleh Amalina Athman

NVIDIA mengacah satu kiriman di Twitter mengenai pengumuman misteri pada 31 Ogos ini. Pembuat kad grafik itu memberikan gambaran mengenai acara yang akan berlangsung dengan kapsyen “#UltimateCountdown” disertai muat naik video.

…#UltimateCountdown pic.twitter.com/f23HcbHUk6

— NVIDIA GeForce (@NVIDIAGeForce) August 10, 2020

Pada bahagian header akaun NVIDIA GeForce turut dimuat naik dengan imej yang menyebut mengenai “21 days. 21 years”. Jika dikira, dalam masa 21 hari adalah bertarikh 31 Ogos.

Tarikh yang sama juga merupakan ulangtahun ke-21 kad grafik GeForce iaitu GeForce 256 yang diperkenal pada tahun 1999. Ia dilihat sebagai waktu yang sempurna untuk memperkenalkan produk baharu dalam barisan kad grafik GeForce.

Nvidia dijangka akan memperkenal siri kad RTX 3000 yang kemungkinan adalah GeForce RTX 3080 sebagai pengganti kepada RTX 2080.

Bagaimanapun, masih belum jelas apa yang akan diumumkan oleh NVIDIA tidak lama lagi. Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi dari NVIDIA.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY