Salah satu spesifikasi yang dicari-cari pengguna masa kini pada telefon pintar adalah kapasiti bateri gergasi. Antara peranti yang menawarkan ciri tersebut adalah Samsung Galaxy M31 dengan bateri bernilai 6000mAh. Kini, penggantinya pula dikhabarkan bakal muncul iaitu Samsung Galaxy M31s yang turut sama dibekalkan dengan nilai bateri seperti diatas. Pelancaran peranti ini telah dijadualkan berlangsung pada…
Android 11 Tidak Membenarkan Pengubahan Wajah Pada Aplikasi Kamera
Ciri pencantikan wajah pada aplikasi kamera bukanlah perkara yang asing. Sebahagian dari kita menyukainya manakala sebahagian lagi kurang gemar aplikasi kamera “melincinkan” wajah mereka. Pada sistem Android akan datang iaitu Android 11, ciri ini nampaknya bakal disekat oleh Google dan ia dikesan oleh Mishaal Rahman (ketua pengarang XDA-Developers). Menurut Rahman, perubahan pada CameraAPI akan memastikan…
Headspace – Fungsi Baru Dalam Aplikasi Snapchat, Tanda Sokongan Bagi Masalah Kesihatan Mental
Pada Isnin yang lalu, Snapchat baru sahaja melancarkan aplikasi mini pertamanya yang mempunyai fungsi meditasi dari aplikasi ‘Headspace’. Ia adalah fungsi baru dalam aplikasi sebagai tanda sokongan bagi pengguna Snapchat yang mengalami masalah kesihatan mental dan juga emosi. Snapchat telahpun mengumumkan tentang pelancaran Headspace di Virtual Partner Summit pada bulan Jun. Headspace adalah aplikasi dari produk baru mereka iaitu ‘Snap Mini’, yang…
Samsung Beri Baucar Bernilai Sehingga RM50,000 Sempena Super Brand Day Di Shopee
Meneruskan tradisi seperti tahun lalu, Samsung kini mengumumkan Super Brand Day di Shopee yang akan berlangsung dari 23 hingga 25 Julai 2020. Melaluinya, pengguna akan menikmati beberapa tawaran peranti dan perkakasan rumah dari syarikat pengeluar itu. Samsung pada tahun ini turut menawarkan kepada pengguna secara eksklusif tawaran bundle dan baucar tambahan untuk menikmati diskaun. Selain itu,…
Tonton Pelancaran AR OnePlus Nord Pada Malam Ini Melalui Beberapa Cara
Seperti yang diumumkan sebelumnya, peranti OnePlus Nord akan dilancarkan pada malam ini. Menariknya, selepas 5 tahun pelancaran OnePlus 2 yang diadakan dengan menggunakan teknologi VR, OnePlus kini akan memperkenalkan Nord melalui teknologi Augmented Reality (AR). Sempena pelancaran yang diadakan pada 10 malam ini, terdapat beberapa cara untuk merasai pengalaman menonton pelancaran OnePlus Nord secara AR….
Jam Tangan Pintar Terbaik Untuk Anda
Jam tangan pintar dapat digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya untuk mengesan lokasi dengan GPS atau memantau degupan jantung untuk menjaga kesihatan. Ia juga dapat dipadankan dengan telefon pintar, malah ada yang boleh berfungsi dengan sendiri tanpa telefon bimbit. Jam pintar mungkin lebih mahal daripada jam tangan biasa, namun seperti yang dinyatakan di atas, jika digunakan…
