MediaTek baru sahaja mengumumkan cip Dimensity 700 untuk peranti kelas pertengahan. Mereka turut umum cip pemproses generasi baharu khas untuk Chromebook – MT8192 dan MT8195. Cip ini masing-masing menggunakan seni bina 7nm dan 6nm. Cip ini mengintegrasikan unit pemprosesan AI prestasi tinggi (APU) untuk prestasi yang dipertingkatkan seperti pengurangan bunyi, pemisahan gambar dan video serta…
Apple Dilapor Akan Hentikan Pengeluaran iPad mini Selepas Pelancaran iPhone Dengan Skrin Boleh Lipat
Ketika syarikat seperti Samsung dan Huawei telah pun memasuki generasi kedua dalam pelancaran telefon boleh lipat, Apple dilaporkan dalam pembangunan untuk menghasilkan iPhone boleh lipat. Terbaru, laporan mendedahkan jualan iPad mini akan dihentikan sebaik sahaja Apple melancarkan iPhone boleh lipat kelak. Ini kerana, Apple merancang untuk melancarkan telefon hibrid pertama yang membolehkan ia beralih antara…
Huawei MateStation – Spesifikasi PC Huawei Didedahkan
Huawei kini memperluaskan dan mengembangkan lagi ekosistem mereka. Penambahan produk seterusnya adalah komputer desktop pertama Huawei – Huawei MateStation. Huawei sudah memiliki komputer riba mereka iaitu MateBook dan terkini, gambar serta spesifikasi bagi PC ini didedahkan. Menurut laporan daripada pengguna blog Ark咔擦一下, beliau mendedahkan PC ini akan guna pemproses 7nm (tiada model terperinci) dan prestasi…
Sony Mahu Menaikkan Harga Jualan Permainan Video PlayStation
Sony baru sahaja mengesahkan PlayStation 5 (PS5) akan dilancarkan di Malaysia pada 11 Disember depan. Dengan harga yang ditawarkan, ianya tidaklah terlalu mahal bagi sebuah konsol permainan. Namun, apa yang perlu anda tahu, Sony baru-baru ini dilaporkan dalam perbincangan untuk menaikkan harga jualan permainan video PlayStation. Laporan tidak menyatakan harga jualan yang dibincangkan. Akan tetapi,…
MediaTek Umum Dimensity 700 – Cip 5G Untuk Peranti Kelas Pertengahan
MediaTek hari ini mengumumkan satu lagi ahli baru dalam barisan cip Dimensity. Dikenali sebagai Dimensity 700, ia hadir dengan proses 7nm yang mempunyai sokongan 5G. Menurut MediaTek, cip baharu ini dimuatkan dengan ciri termasuk sokongan dwi-SIM 5G dan Mediatek 5G UltraSave. Dimensity 700 mempunyai gabungan CPU dua teras Arm Cortex-A76 dengan kelajuan 2.2GHz dan enam…
PlayStation 5 Akan Tiba Di Malaysia Pada 11 Disember Ini – Harga Bermula RM1869
Setelah sekian lama penantian, Sony hari ini mengesahkan PlayStation 5 (PS5) akan dilancarkan di Malaysia pada 11 Disember 2020. Kedua-dua model PS5 menggunakan pemprosesan dengan integrasi CPU dan GPU yang sama bagi memberikan kualiti grafik sehingga 4K. Di Malaysia, PS5 Digital Edition akan ditawarkan pada harga RM1,869. Sementara itu, PS5 dengan pemacu cakera optik Blu-ray…
