Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelukis Itali Dan Xiaomi Dianugerahkan Rekod Dunia Guinness

Pelukis Itali Dan Xiaomi Dianugerahkan Rekod Dunia Guinness

Diterbitkan November 25, 2020 · Dikemas kini November 25, 2020 oleh ariff bukhari

Seorang artis popular dari Itali bernama Francesco Caporale aka “FRA” telah berjaya menghasilkan lukisan doodle yang dilukis secara individu terbesar di dunia.

Kejayaan itu dicapai artis tersebut hasil kolaborasi bersamanya dengan pengeluar telefon pintar popular dari China iaitu Xiaomi.

FRA menghasilkan lukisan yang diinspirasikan dari imej, foto dan lukisan yang dimuat naik oleh pengguna Xiaomi ke platfom DoodleDream.it.

DoodleDream.it merupakan platfom istimewa yang diwujudkan khusus oleh Xiaomi Italia.

Hasil kolaborasi itu, Rekod Dunia Guinness telah menganugerahkan FRA dan Xiaomi Italia sebagai pemegang rekod dunia melukis lukisan secara individu terbesar.

Pelukis Itali Dan Xiaomi Dianugerahkan Rekod Dunia Guinness

Lukisan Rekod Guinness itu dibuat di San Francesco Square, Altomonte, Italy pada 3 November 2020 lalu yang telah mengambil masa selama 5 hari untuk disiapkan.

Saiz keseluruhan lukisan tersebut yang dilukis menggunakan pen marker berwarna hitam adalah 568.47 m² atau bersamaan dengan 6118.96 ft².

Pelukis Itali Dan Xiaomi Dianugerahkan Rekod Dunia Guinness

Lukisan tersebut bukanlah akan kekal di dataran tersebut sebaliknya ia didermakan kepada pihak perbandaran Altomonte untuk dijual selepas selesai upacara penganugerahan tersebut.

Sumber: Guinness World Record

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY