Kepada anda yang tidak suka meninggalkan jejak pelayaran internet dan berasa leceh untuk memadamnya setiap kali selesai proses pelayaran, berikut kami kongsikan untuk menetapkan pemadaman sejarah pelayaran secara automatik. Pertama sekali buka aplikasi Safari kemudian buka menu Preferences Pada ruangan tab General, pilih menu Remove history items Buat tetapan sela masa untuk sejarah pelayaran dipadam…
Ciri Panggilan Video Dan Audio Melalui WhatsApp Web Mula Dilepaskan Kepada Pengguna
Pada Oktober lalu, WhatsApp dilaporkan dalam pembangunan untuk menyertakan ciri panggilan video dan audio melalui WhatsApp Web. Kini, laporan dari WABetaInfo menyatakan ciri panggilan audio dan video versi beta mula dilepaskan kepada beberapa pengguna. Sejak beberapa hari lalu, beberapa pengguna mula menerima ciri baharu tersebut melalui WhatsApp Desktop. Menerusi ciri ini, satu tetingkap (window) akan…
Apa Yang Boleh Dilakukan Melalui Aplikasi Setel Di Kedai Mesra?
Setel merupakan aplikasi e-dompet pertama yang dibangunkan untuk kegunaan ketika mengisi minyak di stesen minyak Petronas. Jika anda tertanya apa lagi yang boleh dilakukan melalui aplikasi Setel, berikut adalah antara yang ditawarkan pada aplikasi ini. Guna Setel di Kedai Mesra Menerusi aplikasi Setel, anda boleh menggunakannya untuk membuat pembayaran tanpa tunai di lebih 800 Kedai…
Alibaba Dilapor Mempunyai Teknologi Pengecaman Wajah Etnik Uyghur
Sebelum ini, Huawei dilaporkan sedang membangunkan teknologi pengecaman wajah untuk mengesan etnik Uyghur. Terbaru, gergasi teknologi Alibaba Group Holding Ltd turut dilaporkan mempunyai teknologi pengecaman wajah yang secara khusus dapat mengesan etnik minoriti Uyghur di China. Perkara ini didedahkan oleh IPVM dalam sebuah laporan yang disiarkan. IPVM yang berpangkalan di A.S. dalam laporan yang diterbitkan…
Anda Boleh Memiliki realme Smart TV Mulai 22 Disember Ini – Harga Potongan Bermula RM699
Hari ini realme selesai melancarkan sebuah telefon pintar realme 7 5G. Bersama-sama dengan telefon itu, realme turut mengumumkan bahawa pengguna di Malaysia boleh mula membeli realme Smart TV bermula 22 Disember ini. Menariknya, mereka turut mengadakan promosi potongan harga sebanyak RM200 untuk kedua-dua model TV yang ditawarkan. Sehubungan dengan itu, realme Smart TV 32″ boleh…
Acara Nvidia GeForce RTX: Game On Akan Diadakan Pada 12 Januari, Dijangka Perkenal Kad Grafik Baharu
Nvidia kini telah mengumumkan acara “GeForce RTX: Game On” akan diadakan pada 12 Januari 2021. Menerusi acara ini, Nvidia dijangka memperkenalkan kad grafik baharu dalam siri GeForce RTX 3000. Penstriman langsung acara tersebut akan diadakan secara maya pada hari kedua acara CES 2021 berlangsung. Nvidia turut mengesahkan acara ini akan dihoskan oleh Jeff Fisher yang…
