Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nintendo 3DS Dan Wii U Tidak Lagi Dapat Guna Netflix Bermula 30 Jun

Nintendo 3DS Dan Wii U Tidak Lagi Dapat Guna Netflix Bermula 30 Jun

Diterbitkan Januari 7, 2021 oleh Amsyar Latif

Pada Disember yang lepas, aplikasi Netflix telah pun dipadam daripada eShop di Nintendo Wii U dan 3DS.

Kini, Nintendo mengesahkan bahawa perkhidmatan penstriman Netflix tidak lagi dapat digunakan di dua platform tersebut bermula 30 Jun 2021.

Buat masa sekarang, pengguna boleh lagi memuat turun semula dan menggunakannya. Namun, selepas 30 Jun, Netflix tidak lagi hadir buat konsol ini.

Kemaskini Terbaru Switch Membenarkan Pengguna Pindahkan Permainan Yang Telah Dimuat Turun Ke Kad SD

Selain itu, Nintendo Switch masih lagi kekurangan aplikasi penstriman. Malah, Netflix juga belum lagi ditawarkan. Tambahan lagi, hanya pengguna di AS dan Jepun sahaja dapat menikmati aplikasi penstriman iaitu Hulu dan NicoNico.

Walau bagaimanapun, tidak pelik jika Netflix tidak dapat digunakan di konsol-konsol ini kerana ia merupakan sebuah konsol yang ‘usang’.

Dengan pengumuman ini juga, diharapkan agar Nintendo menawarkan perkhidmatan Netflix ini di Switch kerana pengguna Switch boleh dikatakan meningkat sejak tahun lalu.

Sumber: Nintendo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY