Seperti biasa hari ini kami kumpulkan berita yang hangat berlaku di Malaysia sepanjang minggu lalu. (11 Oktober – 15 Oktober) Beberapa hari lepas beberapa perkara berlaku tentang Google Pixel diperbualkan, Apple dan Samsung juga akan mengadakan acara pada minggu yang sama, Nokia X20 dan Apple Watch Series 7 boleh mula dibeli di Malaysia dan banyak lagi….
Nokia X20 Hadir Buat Pasaran Tempatan Dengan Harga RM1599
April lalu, Nokia memperkenalkan dua telefon pintar – Nokia X10 dan Nokia X20. Tinggal beberapa bulan sebelum tahun 2021 melabuhkan tirai, Nokia X20 akhirnya secara rasmi ditawarkan buat pasaran Malaysia. Telefon yang dilengkapi skrin 6.67 inci beresolusi FHD+ ini menerima cip janaan Snapdragon 480. Ia turut dipadankan memori 8GB RAM serta storan dalaman 128GB tetapi…
Pakej Remaja Dan Peranti Keluarga Malaysia Kini Boleh Dilanggan
Terdahulu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengumumkan Pakej Peranti dan Remaja Keluarga Malaysia. Kini, pakej tersebut akhirnya dilancarkan secara rasmi dan sudah mula boleh dilanggan oleh individu yang layak mulai hari ini. Melalui Pakej Remaja Keluarga Malaysia, ia menawarkan 20GB data untuk 3 bulan dengan hanya RM30 yang mana bayaran dilakukan sebanyak RM10…
Google Adakan Syarat Untuk Peranti Menjalankan Android 12
Android 12 telah hadir dalam versi AOSP namun masih tiada lagi peranti yang menggunakannya kerana masih dalam peringkat beta. Memandangkan Google bakal membawa perubahan drastik kepada Andoid 12 seperti Material You, OEM perlu memberi perhatian kepada peranti mereka agar terus berada selaras dengan Android Compatibility Definition Document (CDD). Google telah menetapkan syarat kepada peranti yang boleh…
Sony Xperia 1 III Kini Ada Diskaun Untuk Tempoh Terhad
Sony kini menawarkan rebat sehingga RM400 dengan setiap pembelian Sony Xperia 1 III ini bermula hari ini hingga 31 Oktober 2021. Telefon ini mempunyai sistem 4 kamera iaitu 12MP kamera utama, 12MP kamera telefoto, 12MP kamera ultra lebar, 0.3 MP kamera depth dan 8MP kamera hadapan. Peranti andalan ini terkenal kerana sensor kemera telefotonya mampu berubah…
Pelancaran Samsung Galaxy S21 FE Kini Dilapor Ditunda Lagi
Pada 20 Oktober depan, Samsung telah pun menjadualkan acara Galaxy Unpacked Part 2. Sepatutnya, semasa hari tersebut ramai yang menjangkakan peranti Galaxy S21 FE yang bakal diperkenalkan. Namun, kini terdapat laporan yang mendakwa pelancarannya ditunda sekali lagi, iaitu pada 11 Januari 2022 pula. Malah, laporan tersebut daripada individu yang sememangnya dikenali seperti Jon Prosser, Max…
