Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Disney Melee Mania

Watak Disney Akan Berentap Dalam Permainan Terbaru Apple Arcade

Diterbitkan November 16, 2021 oleh Amsyar Latif

Bagi yang tidak tahu, Apple Arcade merupakan satu perkhidmatan yang banyak menawarkan permainan-permainan yang dicipta khusus untuk pengguna iPhone atau iPad. Ia juga tidak mempunyai pembelian dalam aplikasi (in-app purchase) dan tiada iklan.

Apple kini memperluaskan lagi penawaran permainan Arcade dengan kehadiran Disney Melee Mania yang akan tersedia secara eksklusif pada Disember ini.

Permainan yang dibangunkan Mighty Bear Games ini merupakan sebuah permainan bergenre MOBA yang mana pemain akan berentap 3v3 dalam satu arena. Mirip kita memainkan permainan MOBA yang lain.

Watak Disney Akan Berentap Dalam Permainan Terbaru Apple Arcade
Watak Disney Akan Berentap Dalam Permainan Terbaru Apple Arcade

Uniknya, ia menampilkan beberapa watak Disney dan Pixar. Apple setakat ini telah memaparkan 12 watak seperti Wreck It-Ralph, Moana, Elsa (Frozen), Buzz Lightyear (Toy Story), Jasmine (Aladdin) dan banyak lagi.

Pada masa yang sama, terdapat juga permainan baharu lain yang akan dilancarkan 19 November ini, iaitu Lego Star Wars: Castaways.

Oleh itu, bagi anda yang berminat, Apple Arcade boleh dilanggan serendah RM19.90 sebulan. Jika mahukan penjimatan, ia turut terkandung dalam pelan Apple One Individual (RM19.90), Family (RM33.90) dan Premier (RM69.90).

Baca juga:

  • Aplikasi Amazon Prime Video Kini Di Mac

  • Tesla Beri Kejutan, Pelanggan Terima Kereta Tanpa Port USB

  • Pelanggan Google One iOS Akan Dapat Ciri Baharu Untuk Google Photos

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY