Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Aplikasi Amazon Prime Video Kini Di Mac

Posted on November 16, 2021November 16, 2021

Amazon hari ini melancarkan aplikasi Amazon Prime Video buat komputer Mac yang mana boleh dimuat turun di App Store.

Melaluinya, pelanggan perkhidmatan penstriman tersebut dapat strim video menerusi Mac termasuk muat turun video bagi tontonan luar talian.

Selain itu, aplikasi baharu ini juga menyokong beberapa fungsi seperti picture-in-picture, AirPlay, pembelian dalam aplikasi (in-app) untuk TV on-demand atau menyewa serta kemampuan untuk menyambung tontonan kembali apabila di Mac, TV atau peranti lain.

Bagi yang berminat, aplikasi ini memerlukan macOS 11.4 atau terkini dan jika mahu melanggan, bayaran adalah sebanyak RM24.90 sebulan.

Baca juga:

  • Netflix Kini Rasmi Di Astro, Pelanggan Boleh Strim Guna Ultra Box

  • Pengguna Android Dah Boleh Main Game Di Netflix, Ini 5 Permainan Yang Ditawarkan

  • Amerika Syarikat Halang Intel Tingkatkan Pengeluaran Cip di China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress