YouTuber popular Namewee memaklumkan bahawa akaun YouTube nya telah digodam oleh penggodam yang dipercayai dari Russia. Menerusi hantaran video di Facebook, Namewee yang ketika ini berada di London dalam nada marah menyatakan saluran YouTube nya iaitu Namewee telah digodam. Beliau menyatakan, video-video di dalam saluran YouTube yang sudah diuruskannya selama 13 tahun itu kini telah…
Google Play Protect Kini Akan Buang ‘Permission’ Pada Aplikasi Yang Tidak Digunakan
Tahukah anda, kini Google telah menetapkan perubahan baharu pada Play Protect yang mana ia akan mengalihkan kebenaran (permissions) pada aplikasi yang tidak digunakan. Menurut Statista, sebanyak 25% aplikasi yang dimuat turun hanya digunakan sekali sahaja. Kebanyakan daripada aplikasi ini akan meminta anda untuk memberikan kebenaran sebelum menggunakannya. Perkara ini dapat memberikan risiko pada privasi dan…
Selepas Ini Anda Boleh Buat Undian Dalam Kumpulan WhatsApp
Kebanyakan media sosial seperti Twitter, Facebook dan Telegram membenarkan pengguna mereka untuk membuat undian dalam platform tersebut. Kini, WhatsApp juga akan menghadirkan ciri tersebut tidak lama lagi. Hal ini dapat dilihat melalui tangkap layar versi WhatsApp beta iOS terbaharu (versi 22.8.0.72) yang membolehkan pengguna untuk membuat undian dalam mesej kumpulan aplikasi tersebut. Apabila membuat undian,…
Asteroid Berdiameter Lebih 2000 Kaki Dikesan Akan Menghampiri Bumi April Ini
Agensi Angkasa Kebangsaan (NASA) memaklumkan mereka telah mengesan sebuah asteroid yang dianggarkan bersaiz 1083 kaki lebar (330.0984 meter) dan berdiameter 2,428 kaki (740.0544 meter) sedang dalam perjalanan menghampiri Bumi. Sebagai perbandingan, saiz itu sekaligus menjadikan asteroid ini lebih besar daripada menara Eiffel. Berdasarkan data dari NASA, Asteroid yang dinamakan sebagai 418135 (2008 AG33) itu dijangka…
Saintis Dakwa Isi Bumi Sedang Berubah Bentuk
Saintis sedia mengetahui tentang kewujudan dua gumpalan terbesar dalam isi bumi dengan pertama kalinya dikesan sejak 1970-an. Namun, dapatan terbaru mereka mendapati dua objek terbesar ini sebenarnya berubah bentuk dan bergerak. Satu gumpalan berada di bawah Lautan Pasifik manakala satu lagi di bawah benua Afrika. Ia terdiri daripada batu-batu seperti keseluruhan lapisan mantel tetapi lebih…
Diskaun Hingga 70%, Ini Antara Peranti Xiaomi Yang Dijual Lebih Murah Mulai Hari Ini
Xiaomi telah melancarkan Xiaomi Fan Festival 2022 selama 3 hari bermula hari ini hingga 8 April. Xiaomi menawarkan pelbagai promosi dan diskaun hebat untuk produk-produk mereka. Festival tersebut merupakan tanda terima kasih daripada Xiaomi kepada rakyat Malaysia di atas sokongan selama ini. Setiap pembelian model ini (Redmi Note 11/Redmi Note 10S/Redmi Note 10 Pro/Redmi Note…
