Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Disney+ Hotstar Kini Boleh Dinikmati Melalui Astro Ultra Box

Disney+ Hotstar Kini Boleh Dinikmati Melalui Astro Ultra Box

Diterbitkan April 28, 2022 oleh Nadiah Ab

Mulai 28 April 2022, pelanggan boleh menikmati Disney+ Hotstar di kaca TV menerusi Astro Ultra Box.

Selain Netflix, Disney+ Hotstar juga merupakan platform penstriman khusus untuk cerita-cerita global, serantau dan Malaysia.

Termasuk filem-filem terkenal Hollywood daripada Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, dan banyak lagi, Disney+ Hotstar turut menawarkan pelbagai kandungan berciri asli, aksi langsung, animasi, dan dokumentari.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Astro TV, Euan Smith, pelanggan sedia ada yang melanggan Pek Movies, Premium 1, Premium 3 dan Platinum akan mempunyai akses kepada Disney+ Hotstar dengan hanya perlu klik pada aplikasi Disney+ Hotstar di laman utama Ultra Box.

Pada masa yang sama, pelanggan perlu memulakan proses log masuk pada skrin melalui tv.hotstar.com pada peranti lain.

disney+ hotstar astro
Sumber: Astro

Sumber: Siaran akhbar Astro

Baca juga:

  • Siaran Eksklusif Liga Perdana Inggeris Terus Dipegang Astro Sehingga Musim 2024/2025
  • Astro Boleh Kenakan Tindakan Undang-Undang kepada Penjual “Android Box”
  • Astro Hadir Dengan Internet Fiber – Tawar Kelajuan 800Mbps, Pakej Serendah RM129

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY