Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sop hari raya

Sambut Hari Raya Aidilfitri Dengan SOP Baharu Ini

Diterbitkan April 28, 2022 · Dikemas kini April 28, 2022 oleh Nadiah Ab

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin semalam mengumumkan beberapa kelonggaran protokol termasuk SOP khas sempena Hari Raya kelak.

Kelonggaran SOP ini selaras dengan Malaysia memasuki Fasa Peralihan ke Endemik sejak 1 April 2022.

Salah satu kelonggaran yang mendapat perhatian ialah ketetapan pemakaian pelitup muka yang sudah dilonggarkan di luar bangunan (outdoor).

Antara SOP Hari Raya yang dibenarkan termasuk:

  1. Takbir Hari Raya di masjid, surau dan rumah ke rumah tetapi perlu memakai pelitup muka.
  2. Solat sunat Hari Raya di masjid atau surau dengan kapasiti 100%.
  3. Jamuan selepas solat di masjid atau surau.
  4. Ziarah raya.
  5. Ziarah tanah perkuburan.
  6. Rumah terbuka atau majlis hari raya (indoor) dengan syarat memakai pelitup muka.
  7. Rumah terbuka atau majlis hari raya (outdoor).

Walau bagaimanapun, kesemua kelonggaran di atas adalah dilarang jika anda didapati positif Covid-19 atau bergejala.

Kesemua SOP baharu yang dinyatakan akan mula berkuat kuasa pada Ahad, 1 Mei 2022.

Jaga diri, stay safe dan selamat hari raya aidilfitri.

Sumber: Kenyataan Media KKM

Baca juga:

  • Tiada Lagi Vaksin Covid-19 Percuma Untuk Kanak-Kanak Bermula 16 Mei
  • KKM Nasihatkan Jangan Beli 2 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Ini
  • Ubat Antiviral COVID-19 Sudah Tiba Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY