(Ulasan) ASUS Zenbook 14 OLED, Spesifikasi Kayangan Harga Marhaen
ASUS telah pun melancarkan model terbaru siri komputer riba popular mereka iaitu ASUS Zenbook 14 OLED. Untuk model Zenbook 14 OLED tahun 2022 ini, ia kini dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru Intel iaitu Intel Core Gen-12 (i5/i7/i9) dan cip grafik Intel Iris Xe. Penulis telah pun berpeluang mencuba lebih awal komputer riba ASUS Zenbook 14…
Samsung Keluarkan ‘Poké Ball’ Edisi Terhad Untuk Galaxy Buds
Samsung dilaporkan telah mengeluarkan bekas ‘poké ball‘ bertemakan Pokémon untuk fon telinga tanpa wayar Galaxy Buds di Korea Selatan. Untuk yang meminati Pokémon, ini tentunya aksesori yang menarik untuk didapatkan dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Walau bagaimanapun, bekas Pokémon ini adalah edisi terhad, dan ia juga merupakan keluaran eksklusif untuk pasaran Korea Selatan…
Disyaki Elak Cukai, Pihak Berkuasa Itali Minta Netflix Bayar RM259 Juta
Perkhidmatan penstriman, Netflix dihimpit lagi dengan masalah apabila dikaitkan dengan pertikaian cukai dengan Itali. Lantaran itu, Netflix dilaporkan telah bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian tersebut dengan pihak berkuasa Milan. Pendakwa raya Milan mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka telah menyelesaikan hal ini dengan Netflix atas penstriman on-demand video multinasional untuk tempoh yang meliputi Oktober 2015 hingga 2019 dengan bayaran…
‘E-Hailing’ Boleh Bincang Harga, inDriver Kini Tersedia Di Langkawi
Tempoh hari, kami ada kongsikan beberapa aplikasi alternatif untuk perkhidmatan ‘e-hailing’ memandangkan ramai pengguna tidak berpuas hati dengan harga tambang ditawarkan Grab. Salah-satunya ialah inDriver walaupun dari segi bilangan pemandu dan kawasan diliputinya masih tidak dapat menandingi Grab. Kini, inDriver secara rasmi sudah menyediakan perkhidmatan ‘e-hailing’ mereka di Pulau Langkawi. Antara keunikan inDriver ialah pengguna…
Pengguna Merungut Tambang Grab Mahal, Ini Jawapan Pemandu Grab
Minggu lalu, kami telah berkongsi tentang rungutan pengguna berkaitan tambang Grab yang semakin melambung sejak beberapa minggu ini. Daipada perkongsian pengguna di serata media sosial, hampir kesemuanya bersetuju bahawa tambang Grab kini meningkat berganda-ganda. Bahkan, ramai yang sudah kembali menggunakan perkhidmatan teksi bermeter. Namun, tidak adil untuk menghukum satu pihak tanpa mendapat penjelasan daripada semua…
