Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp iOS Android

Akhirnya, WhatsApp Dari Android Ke iPhone Boleh Dipindah Tapi Tidak Semudah Disangka

Diterbitkan Jun 14, 2022 · Dikemas kini Jun 14, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Mark Zuckerberg mengumumkan di akaun Facebook-nya bahawa data akaun WhatsApp di peranti Android kelak boleh ke dipindahkan iPhone.

Ia kini diuji pada versi beta namun akan dilepaskan pada pengguna awam tidak lama lagi.

Namun berita buruknya, ia hanya boleh dilakukan pada iPhone yang baru hendak dipasang (setup) sahaja.

Maksudnya, hanya iPhone yang baru dibeli atau yang baru diformat atau reset saja.

Hal ini kerana ia proses perpindahan data WhatsApp melalui aplikasi Move to iOS hanya berfungsi semasa proses setup.

Yang manakah proses setup? Ingatkah anda ketika pertama kali hidupkan iPhone selepas membelinya, anda perlu memilih bahasa, Wi-Fi dan ada perkataan “hello”? Itulah dia.

Akhirnya, WhatsApp Dari Android Ke iPhone Boleh Dipindah Tapi Tidak Semudah Disangka

Jika anda sedang menggunakan iPhone sekarang dan mahu perbualan daripada telefon Android, anda terlebih dulu perlu format iPhone anda.

Untuk melakukannya, anda perlu memasang aplikasi Move to iOS pada telefon Android. Jadi, apabila menghidupkan iPhone selepas format atau baru dibeli, anda akan diminta melalui proses setup.

Sewaktu inilah ia akan memanfaatkan aplikasi Move to iOS di mana data akaun WhatsApp dan data aplikasi lain daripada Android akan dimasukkan ke iPhone.

Jika anda pernah ada sejarah perbualan WhatsApp pada iPhone sebelum ini, maka ketahuilah ia akan hilang dan digantikan dengan perbualan daripada Android.

Selain itu, peranti Android tersebut hendaklah sekurang-kurang menjalan Android 5 (Lollipop) manakala iPhone pula iOS 15.5.

Jangan lupa juga untuk pastikan kedua-dua aplikasi pada Android dan iPhone adalah versi terkini (sekurang-kurang versi 2.22.7.74 pada Android dan 2.22.10.70 pada iPhone).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY