Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Mencari Aplikasi Yang Pernah Dimuat Turun Di Play Store

Cara Untuk Mencari Aplikasi Yang Pernah Dimuat Turun Di Play Store

Diterbitkan Ogos 22, 2022 oleh Firdaus

Saya yakin bahawa ada dikalangan pengguna Android yang pernah bertukar peranti pintar kepada yang baharu dan seterusnya terlupa akan sesetengah aplikasi yang pernah digunakan sebelum ini.

Berkaitan

  • Facebook Kini Benarkan Cipta Empat Profil Bagi Setiap Akaun, Ini Caranya
  • Cara Melindungi Fail Microsoft Word Dengan Kata Laluan
  • Ini Cara Semak Jika Ada Akses Telefon Lain Pada Akaun CIMB Clicks

Perkara ini semakin sukar apabila anda terlupa akan nama aplikasi tersebut. Tambahan lagi, anda tidak dapat mencari aplikasi tersebut di carian Play Store walaupun telah menggunakan pelbagai nama yang anda terfikir.

Jangan risau kerana artikel ini akan membantu anda mendapatkan akses kepada sejarah aplikasi yang pernah anda muat turun. Tetapi pastikan akaun google anda itu adalah akaun yang sama dengan peranti terdahulu anda.

Buka Google Play Store

Cara Untuk Mencari Aplikasi Yang Pernah Dimuat Turun Di Play Store

Buka Google Play Store peranti anda dan pastikan akaun Google yang anda gunakan adalah akaun yang sama pada pada peranti anda yang lama.

Seterusnya, tekan ikon bulat di bahagian kanan dan atas skrin untuk mengakses pilihan yang ada. Seterusnya, klik pada manage apps and device.

Pilih Manage

Cara Untuk Mencari Aplikasi Yang Pernah Dimuat Turun Di Play Store

Setelah anda memasuki manage apps and device, klik pada bahagian manage.

Pilih Installed

Cara Untuk Mencari Aplikasi Yang Pernah Dimuat Turun Di Play Store
Cara Untuk Mencari Aplikasi Yang Pernah Dimuat Turun Di Play Store

Selepas itu, klik pada butang Installed di bahagian kiri atas skrin anda. Dan klik pada butang Not Installed supaya anda dapat mengakses kepada aplikasi-aplikasi yang pernah anda muat turun sebelum ini.

Klik Name Dan Pilih Recently Added

Cara Untuk Mencari Aplikasi Yang Pernah Dimuat Turun Di Play Store
Cara Untuk Mencari Aplikasi Yang Pernah Dimuat Turun Di Play Store

Selepas anda dapat mengakses aplikasi-aplikasi tersebut, klik pada Name di bahagian atas kanan dan pilih Recently Added.

Cara ini bertujuan untuk menyusun semua aplikasi-aplikasi yang ada mengikut turutan waktu dari yang terkini (atas sekali) hinggalah yang terlama (bawah sekali).

Akhir sekali, anda hanya perlu tatal aplikasi-aplikasi yang dipaparkan untuk mencari aplikasi yang pernah anda muat turun sebelum ini.

Selamat mencuba.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY