Untuk yang sedang memburu kad Touch ‘n Go berdaya NFC, anda mungkin sudah sedar bahawa jualan kad tersebut melalui eWallet sudah beberapa minggu tidak dijalankan. Hal ini kerana Touch ‘n Go sedang giat mengambil pratempahan di Lazada. Ia bersempena pembukaan kedai rasmi mereka di platform dalam talian itu. Pratempahan atau pembelian ini sudah pun dijalankan…
10 Judul Permainan Ini Sering Digunakan Untuk Menyebarkan Perisian Hasad
Dalam laporan SECURELIST yang diterbitkan oleh Kaspersky mendedahkan, dari Julai 2021 hingga Jun 2022, sebanyak 91,984 fail termasuk perisian hasad dan aplikasi yang mungkin tidak diingini telah disebarkan dengan menggunakan judul permainan popular sebagai tarikan. Akibatnya seramai 384,224 pengguna menghadapi ancaman perisian hasad di seluruh dunia. Menurut Kaspersky, Minecraft, menjadi judul permainan paling popular yang…
Minggu Depan, Musytari Akan Berada Pada Jarak Paling Hampir Dengan Bumi Dalam Tempoh 59 Tahun – NASA
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) memaklumkan bahawa planet terbesar dalam Sistem Suria, Musytari (Jupiter) akan berada pada jarak yang paling hampir dengan Bumi dalam tempoh 59 tahun. Diramalkan akan berlaku pada minggu depan, hari Selasa, 27 September 2022 ini (26 September 2022 waktu AS), jarak antara Bumi dan planet Musytari pada hari itu dianggarkan…
‘Voice Note’ Di Status WhatsApp? Ia Sedang Diuji
Seperti biasa, kami akan berkongsi ciri baharu yang sedang dibangunkan dan diuji pada WhatsApp versi beta. Terbaru, WhatsApp sedang menguji ciri voice note di status. Di WhatsApp beta versi 2.22.16.3 di Android, WhatsApp membenarkan pengguna merakam suara (voice note) dan muat naiknya di status. Ya, ini bermakna selain teks, gambar dan video, anda selepas ini anda…
One UI 5.0 Beta Versi Ke-3 Mula Dilepaskan Untuk Siri Samsung Galaxy S22
Pengguna siri Galaxy S22 di Eropah sudah mula menerima versi beta ke-3 OneUI 5.0 sejak beberapa jam lalu. 4 angka terakhir nombor firmware ini ialah ZVI9. Antara pembaharuan ditampilkan ialah Galeri yang mempunyai persembahan slideshow story dan susun atur pemilihan gambar hias latar (wallpaper). Selain itu, skrin kunci (lock screen) juga sekarang boleh diubah tekan…
Google Dilapor Mahu Perkenal Alternatif Dolby Atmos Dan Vision
Google kini dilaporkan merancang untuk memperkenalkan alternatif bagi format audio dan video yang boleh menggantikan Dolby Atmos dan Vision. Menurut laporan, Google ingin memperkenalkan dua format media baharu untuk menawarkan video HDR dan audio 3D di bawah jenama baharu, tanpa yuran pelesenan. Ketika ini, Dolby mengenakan bayaran lesen kepada pengeluar peranti yang ingin menambah sokongan…
