Qualcomm telah mengesahkan bahawa siri peranti Samsung yang seterusnya akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 secara global. Namun, ini tidak mematahkan semangat Samsung daripada meneruskan pelan pembuatan cip mereka yang tersendiri. Ketiga-tiga peranti Samsung yang bakal datang iaitu S23, S23+ dan S23 Ultra sudah pun melepasi Geekbench secara eksklusif bersama Snapdragon 8 Gen 2. Sementara itu, Samsung telah menyalurkan pengeluaran cip Exynos mereka ke Samsung System LSI. Ia…
Pelayar Opera Dimuatkan Ciri Menjadikan Video Lama Nampak ‘Baru’
Pembangun pelayar Opera telah memperkenalkan satu ciri baru yang membolehkan video-video lama (seperti filem-filem era P Ramlee) kelihatan seperti video baharu. Menjelaskan ciri baru ini, Opera menyatakan ciri yang dikenali sebagai Lucid Mode ialah ciri penajaman video yang membantu menjadikan pengalaman penstriman anda lebih menyeronokkan. {suggest} Ciri ini pula tidak terhad hanya diaplikasikan pada video-video di…
Twitter Sekat Akaun ‘Stalk’ Jet Peribadi Elon Musk
Twitter kini telah membuat sekatan kekal ke atas akaun yang dikhususkan untuk menjejak lokasi jet peribadi Elon Musk. {suggest} Akaun itu, @ElonJet yang dicipta oleh seorang remaja Jack Sweeney mempunyai lebih 500,000 pengikut di Twitter. Ia berfungsi 24/7 untuk mengesan lokasi pesawat Musk dengan menggunakan data penerbangan yang tersedia dan seterusnya berkongsi ciapan di Twitter…
Ini 10 Aplikasi Paling Kuat ‘Makan’ Bateri Telefon Anda
Setakat penghujung tahun 2022 ini, kita ada begitu banyak aplikasi telefon pintar yang tidak terkira jumlahnya. Secara amnya, setiap aplikasi akan guna dan memerlukan kuasa daripada bateri sesebuah telefon pintar untuk beroperasi. 10 Aplikasi Smartphone Paling Kuat ‘Makan’ Bateri Berdasarkan data daripada firma pCloud, berikut adalah 10 aplikasi dengan penggunaan tenaga paling tinggi untuk beroperasi:…
U Mobile Lancar Pelan Prabayar U40 – FUP 100GB, ‘Hotspot’ Tanpa Had, Sokong 5G
U Mobile baru saja memperkenal pelan prabayar baharu mereka iaitu U40. Ia boleh dilanggan pada harga RM40 sebulan. Ya, ia turut datang dengan perkhidmatan 5G namun terhad pada Sabtu dan Ahad. Untuk makluman, pelan prabayar U25 dan U35 yang dilancarkan lebih awal juga sokong 5G. Lebih menarik lagi, ia hadir dengan hotspot tanpa had. Ia…
Saintis Bangunkan Bateri Baru, Tawar 4 Kali Ganda Kapasiti Bateri Litium-Ion
Pasukan saintis di University of Sydney telah berjaya membangunkan bateri sodium-sulfur yang mempunyai potensi untuk menggantikan bateri litium-ion. Hal ini demikian kerana bateri tersebut didakwa mampu menyimpan 4 kali ganda kapasiti bateri litium-ion. Tambahan lagi, ia juga lebih mesra alam, lebih murah untuk dihasilkan dan mungkin juga mampu mengurangkan kos storan tenaga. Bateri Sodium-sulphur (Na-S)…
