Mazda Terapkan Ciri Lampu 'Signal' Yang Lebih Mesra Manusia, Diinspirasi Degupan Jantung

Mazda mahu membawakan sesuatu baharu melalui pencahayaan lampu isyarat belok pada kereta mereka menerusi sebuah ciri dinamakan Dimming Turn Signals (DTS).

DTS ialah sebuah rekaan di mana lampu signal akan 'bergerak' seperti degup jantung manusia. Ia akan menyala dengan serta-merta tapi malap secara perlahan-lahan.



Ketua Pereka dan Pembangunan Lampu Mazda, Atsushi Yoshida berkongsi serba sedikit tentang inspirasinya untuk membawakan ciri ini.

Lampu LED yang digunakan kereta hari ini memancarkan imej digital yang kuat dengan menyala dan padam serta-merta dan ini memberikan rasa dingin, menurut Atsushi.

Kapsyen: Prototaip lampu isyarat Mazda CX-30.


Justeru, dengan pergerakan DTS, beliau berharap ia dapat mengurangkan ketegangan dirasai pemandu dan mencipta perasaan tenang serta selamat pada mereka yang melihatnya.

Falsafahnya mudah -- memanusiawi kereta.

Pasukannya mengambil masa selama 2 tahun untuk membangunkannya.



Atsushi sendiri melihat isyarat gelombang degupan jantung pada elektrokardiogram yang akhirnya menghasilkan DTS, isyarat belok yang mesra manusia.
"Saya mahu benihkan rasa hidup ke dalam lampu isyarat belok -- perasaan yang akan zahirkan konsep Kereta sebagai Seni." - Atsushi Yoshida

Namun, ia tidaklah disangka. Salah satu cabaran besar pelaksanaannya ialah ketika pemasangan lampu itu pada Mazda3.

Ia dibatalkan kerana lampu DTS didapati malap dengan tidak konsisten.

{suggest}

Untuk menyelesaikannya, mereka berulang kali melaraskan lampu isyarat belok dengan kenaikan 0.01 saat.

Akhirnya, DTS dengan jayanya dapat diimplimentasi pada Mazda CX-30 dan MX-30.



Mengakui budaya Jepun banyak mempengaruhi kerjanya, Atsushi berkata beliau akan terus menaikkan nilai kereta-kereta Mazda melalui pencahayaan walaupun persaingan semakin dengan dengan kereta elektrik dan pemanduan swapandu.

Sumber: Mazda