Pada 23 Disember 2022 lepas, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) buat pertama kalinya telah berjaya melaksanakan Satellite Test Campaign yang pertama di Malaysia. Kempen pengujian satelit ini telah dilaksanakan di Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit, Kompleks Teknologi Angkasa, Banting. Pengujian itu dilaksanakan ke atas satelit bernama POCKETQUBE SATELLITE bersaiz 5cm x 5cm x 5cm yang seberat…
Pengguna CIMB Clicks Perlu Hubungi Bank Untuk ‘Log In’ Pertama Kali Di Telefon Baru, Kuat Kuasa Hari Ini
Mulai hari ini iaitu 26 Disember 2022, kesemua pengguna CIMB Clicks dan CIMB OCTO yang log masuk menggunakan peranti baharu perlu mengesahkan diri melalui panggilan ke bank. Ringkasnya, jika anda tukar telefon atau guna telefon baru, maka anda akan perlu telefon pihak Bank terlebih dulu. Ia terpakai pada kedua-dua kategori iaitu pelanggan baru mahupun lama….
Kurang 18 Jam Untuk Anda Muat Turun ‘Game’ Termahal Yang Diberi Percuma Setakat Ini
Kepada para peminat game komputer, anda ada lebih kurang 18 jam sahaja lagi untuk memuat turun judul permainan yang setakat ini adalah yang termahal diberikan oleh Epic Games secara percuma kepada anda. Judul permainan tersebut iaitu F.I.S.T.: Forged In Shadow Torch yang berharga RM79.90, kini dalam tempoh terhad boleh dimuat turun secara percuma oleh anda dari…
Cara Mudah Semak Lokasi Menarik Tempat Percutian Menggunakan Google
Kepada anda yang sedang bercuti, berikut kami kongsikan cara untuk menyemak lokasi menarik menggunakan Google. Pertama sekali masuk ke laman sesawang Google. Kemudian buka paparan menu. Skrol kebawah dan pilih menu Perjalanan. Pada paparan seterusnya pilih menu “Things to do”. Seterusnya masukkan lokasi percutian anda sekarang, sebagai contohnya nama negeri atau negara. Maka akan terpapar…
Muat Turun Game Aksi Berharga RM51.49 Ini Secara Percuma Sekarang
Sempena sambutan Hari Natal tahun ini, Epic Games dengan bermurah hati menawarkan judul permainan aksi popular ini secara percuma. Judul permainan yang maksudkan adalah ‘Death Stranding‘ yang berharga RM51.49. Untuk masa terhad iaitu kurang dari 24 sahaja lagi, game ini boleh dimuat turun secara percuma sebelum jam 12.00am, 27.12.2022. Game yang dibangunkan oleh KOJIMA PRODUCTIONS ini ditawarkan…
“Kenyataan ‘Orang MCMC Makan Gaji Buta’ Adalah Sangat Tidak Betul” – Pendakwah Teknologi
Menerusi satu kenyataan yang ditulis oleh Pendakwah Teknologi di laman Facebook nya bagi menjawab dakwa netizen ‘orang-orang MCMC makan gaji buta’, beliau menyatakan bahawa kenyataan itu adalah sangat tidak betul. Beliau dengan ikhlas menjelaskan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bukanlah satu agensi yang patut dipandang rendah. Berpengalaman bekerjasama dengan MCMC bagi mengaudit pihak penyedia perkhidmatan…
