Pelayar adalah satu platform yang membolehkan kita mengakses jaringan internet di mana ia mempunyai pelbagai maklumat, kemudahan, laman sesawang dan lain-lain. Pada ketika dahulu, Internet Explorer adalah adalah pelayar terawal yang boleh kita guna. Tetapi sayang sekali, pelayar Internet Explorer telah ditamatkan perkhidmatannya selepas 27 tahun berbakti kepada kita. Oleh itu, saya berbesa hati untuk…
Imej ‘Render’ Nothing Ear (2) Tunjukkan Ia Sebiji Macam Ear (1), Tapi Akan Hadir Dengan Ciri Baharu
Baru saja Carl Pei sahkan kewujudan Nothing Phone (2), kini muncul pula ura-ura berkenaan Ear (2). Menurut imej render dikongsi Steve H. McFly (Onleaks) yang anda boleh dilihat di bawah, ia memperlihat rekaan yang sama seperti Nothing Ear (1) tanpa sebarang perubahan besar. Hanya jika anda teliti betul-betul seperti ketika mencari dosa orang lain, barulah…
79% Pengguna Mahu Ciri Penting Ini Kembali Ke iPhone
Berdasarkan kepada statistik data yang diperoleh laman SellCell, 79% pengguna telefon pintar Apple iPhone mahukan ciri yang dimansuhkan pada iPhone dahulu dikembalikan semula. Ciri yang dimaksudkan di sini adalah ciri butang imbas cap jari di iPhone iaitu Touch ID. Butang pengimbas Touch ID pertama kali diperkenalkan Apple pada butang Home model iPhone 5S yang dilancarkan pada 2013…
RTM Dan Astro Diumum Rakan Penyiar Rasmi Liga Malaysia 2023
Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan bahawa siaran tv RTM akan menyiarkan sebanyak 75 perlawanan Liga Malaysia 2023 secara langsung. Ia termasuklah saingan Piala Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia buat para peminat sukan bola sepak tanah air. Siaran langsung itu akan dimulakan dengan siaran langsung perlawanan Piala Sumbangsih…
Bermula 1 Mac, Peniaga Perlu Bayar 2% Kepada TikTok Shop Sebagai Komisyen
Peniaga-peniaga di TikTok Shop akan dikenakan yuran komisyen sebanyak 2% bermula 1 Mac 2023. Ia hanya tertakluk pada pesanan yang berjaya saja dan tidak dikenakan jika pesanan dibatalkan atau dipulang semula. Dicampur cukai, caj ini akan menjadi 2.12% pada resit kelak. Misalnya, harga barang dijual ialah RM100. Tolak baucar, katakanlah ia jadi RM90. Dengan caj…
Status WhatsApp Pula Ada Butang ‘Undo’
Nampaknya antara ciri baharu yang dilepaskan untuk sesetengah pengguna WhatsApp ialah butang ‘Undo’ atau ‘Buat asal’ selepas memuat naik status. Sejurus status berjaya dimuat naik, terus butang ‘Undo’ yang kecil molek in akan muncul di bahagian bawah buat beberapa saat. Jika anda tekan ‘Undo’ ini, ia akan bertukar ke ‘Deleting status..’. Saya tidak pasti apakah…
