Sejak beberapa hari lalu, aplikasi CIMBClicks dan MAE menghadapi isu teknikal yang mana menyebabkan pengguna gagal untuk berkongsi resit pembayaran secara terus melalui WhatsApp. {suggest} Di aplikasi MAE, hanya teks “Share M2U Receipt M2U_20230215_XXXX” yang akan dilampirkan berbanding yang sepatutnya disertakan fail PDF dan teks. Maybank menyatakan pihaknya telah melaporkan perkara itu kepada bahagian teknikal….
Cara Mudah Memainkan Muzik Youtube Tanpa Membuka Aplikasi Pada iPhone
Kepada anda yang ingin memainkan lagu pada latar belakang peranti tanpa perlu membuka aplikasi Youtube, berikut kami kongsikan caranya. Pertama sekali pasang pelayar Chrome pada Appstore. Kemudian buka aplikasi tersebut dan masuk ke laman Youtube versi mobile. Mainkan video yang anda inginkan. Seterusnya keluar daripada pelayar chrome. dengan itu anda akan dapati lagu yang dimainkan…
Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Membudayakan Sains, Teknologi Dan Inovasi Dikalangan Masyarakat
Dalam Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahIbni Almarhum Sultan Haji Ahmad ShahAl-Musta’in Billah semasa Istiadat Pembukaan Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas yang berlangsung baru-baru ini, kerajaan dititahkan untuk membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi di kalangan masyarakat. “Dalam usaha merakyatkan sains, Kerajaan…
MCMC Dedah Modus Operandi Terkini Penjenayah Siber Memanipulasi SMS
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa pihak mereka telah mengarahkan semua Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi untuk menyekat dengan serta-merta mana-mana Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang mengandungi kandungan terlarang. Arahan itu adalah bagi membanteras isu penipuan dalam talian melalui rangkaian perkhidmatan telekomunikasi. Hasil daripada pemantauan dan penilaian terhadap trend semasa, antara modus operandi yang sering…
Teleskop Observatori Negara Langkawi Berjaya Rakam Imej Komet C/2022 E3 Sebanyak 3 Kali
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) hari ini memaklumkan bahawa sistem teleskop di Observatori Negara Langkawi telah berjaya merakam sebanyak 3 kali imej komet C/2022 E3 (ZTF). Imej komet itu berjaya dirakam sekali dalam bulan lalu iaitu pada 23 Januari 2023 dan sebanyak 2 kali dalam bulan iaitu pada 8 dan 11 Februari 2023 lepas. Komet C/2022…
Carl Pei Buat ‘Review’ OnePlus 11, Baru Sedar Kenapa Pengguna Mahu OxygenOS Yang Lama
Hari ini, OnePlus 11 rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM3,299. Pengasas bersama OnePlus dan kini mengepalai Nothing, Carl Pei juga berkongsi pendapatnya tentang OnePlus 11. Terdahulu, Pei mengulas iPhone 14 dan kini, jenama yang dia sendiri pernah tubuhkan. Ia satu kandungan yang menarik dan pastinya sangat digemari pengguna. Dalam video tersebut, banyak perkara dipuji…
