OPPO pada awal pagi tadi mengumumkan telefon lipat pertamanya – Find N2 Flip menjadi salah satu telefon pintar pertama di dunia yang menerima kemas kini Google Android 14 Beta 1 baharu. Pembangun dan pengguna awal boleh mendapatkan versi pembangun ColorOS yang dibina berdasarkan beta pertama Android 14 bagi mencuba sendiri pelbagai ciri dan API baharu…
MediaTek Lancar Dimensity 9200+, Kelajuan CPU Dipertingkat
MediaTek kini melancarkan cip andalan terbaharu, iaitu Dimensity 9200+. Seperti namanya, ia merupakan versi naik taraf bagi cip Dimensity 9200 yang dilancarkan pada tahun lalu. {suggest} Dari segi binaannya, ia masih membawakan nod N4P TSMC (4nm, generasi kedua). Namun, kedua-dua CPU dan GPU pada MediaTek Dimensity 9200+ mempunyai peningkatan prestasi berbanding Dimensity 9200. Antaranya termasuk…
TM Perkenal Polisi Kerja Hibrid, 3 Hari Di Pejabat, 2 Hari Di Mana-mana Sahaja
Sebagai usaha merangsang produktiviti kerja yang lebih tinggi ke atas para pekerjanya, Telekom Malaysia Berhad (TM) melaksanakan polisi kerja hibrid iaitu 3 hari di pejabat dan 2 hari lagi pekerja TM boleh melaksanakan tugas di mana-mana sahaja mereka berada. Pelaksanaan kerja hibrid itu dimaklumkan pada pelancaran ibu pejabat baharu TM yang kini terletak di dalam…
Lirik Lagu Coldplay Tersembunyi Di Sebalik Firmware SSD Kingston
Kecoh sehari dua ini apabila Coldplay mengesahkan bakal mengadakan konsert di Malaysia pada November ini. Namun, bukan itu yang menjadi isunya. Penyelidik keselamatan, Nicholas Starke telah menemui lirik bagi salah sebuah lagu Coldplay yang didakwa tersembunyi di sebalik fail firmware solid-state drive (SSD) Kingston. Seperti diketahui, Kingston merupakan jenama terkenal yang lazim dengan produk flash memory termasuk…
Kampus Di Cyberjaya Kini Jadi Ibu Pejabat Baharu TM
Telekom Malaysia Berhad (TM) mengumumkan ibu pejabat dan kampus baru yang terletak di dalam Cyberjaya. TM memaklumkan, kampus itu juga kini menjadi ibu pejabat baharu bagi TM, Hab Inovasi TM, Pusat Perisikan Rangkaian TM dan Pusat Data Teras TM. Kampus TM itu telah pun dilancarkan secara rasmi hari ini (10 Mei 2023) oleh Dato’ Imri…
Siri realme 11 Rasmi Di China, Dikuasakan Cip Dimensity 7050
Walaupun siri realme 10 baharu sahaja diperkenalkan pada awal tahun ini, itu tidak menjadi penghalang untuk realme memperkenalkan barisan peranti mereka yang serba baru – siri realme 11. Siri realme 11 adalah pengganti kepada siri realme 10 yang sememangnya mendapat sambutan hangat di pasaran sebelum ini. Sama seperti siri sebelumnya, siri realme 11 yang baru…
