Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PRO IN SITU-2

Set Kepala Permainan Logitech G PRO X2 LIGHTSPEED Diperkenal, Dipacu PRO-G Graphene

Diterbitkan Jun 9, 2023 oleh ariff bukhari

Logitech hari ini mengumumkan set kepala e-sukan terbaru, Set Kepala Permainan Wayarles Logitech G PRO X 2 LIGHTSPEED.

Set kepala PRO X 2 baharu menampilkan pemacu PRO-G 50mm Graphene revolusioner serba baharu, memberikan pengalaman audio permainan terbaik.

Penggunaan graphene, menjadikan pemacu PRO-G tahan lasak dan sangat ringan. Malah ia memberikan bunyi berkualiti tinggi dengan herotan yang sangat rendah.

High_Resolution_JPG-PRO X 2 Lightspeed Gaming Headset White 3QTR BACK 1
High_Resolution_JPG-PRO X 2 Lightspeed Gaming Headset Black WIB

Sebagai tambahan kepada pemacu audio PRO-G Graphene serba baharu, PRO X 2 menampilkan penambahbaikan utama berbanding Set Kepala Permainan Wayarles PRO X terdahulu termasuklah:

  • Sambungan Teguh – LIGHTSPEED kini menyampaikan sambungan wayarles gred-PRO dengan masa penggunaan sehingga 50 jam pada sekali cas dan julat sambungan wayarles yang teguh secara konsisten sehingga 30m.
  • Rekaan PRO – PRO X 2 menampilkan bingkai aluminium dan keluli yang tahan lasak lagi ringan, dan keselesaan tertinggi dengan engsel yang berputar, tahan lama dan pad telinga yang boleh ditukar.
  • Berkomunikasi Dengan Yakin – Mikrofon kardioid 6mm pada lengan boom boleh ditanggalkan, dengan penapis perisian Blue VO!CE termaju melalui G HUB, untuk komunikasi yang jelas dan konsisten.
  • Bunyi Sekeliling DTS Headphone:X 2.0 – Bunyi sekeliling yang jitu membantu anda mengetahui dengan tepat di mana lawan anda berada sebelum mereka menemui anda.

Set Kepala Permainan Wayarles PRO X 2 LIGHTSPEED kini boleh didapati di laman rasmi Logitech G Lazada dan Shopee untuk harga runcit yang dicadangkan RM1,099.

Beli Logitech PRO X 2 LIGHTSPEED di Shopee

Beli Logitech PRO X 2 LIGHTSPEED di Lazada

Berkaitan

  • Logitech Umum Kerjasama Dengan iFixit, Sokong Baik Pulih Kendiri
  • Logitech Lancar Tetikus MX Anywhere 3S Berharga RM369
  • Selain 'Warehouse Clearance', Ini Promosi Machines Yang Sedang Berlangsung Seluruh Negara

Sumber: Siaran Media Logitech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
©2026 WISER.MY