Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM FAM

TM Kembali Sebagai Rakan Rasmi Teknologi FAM

Diterbitkan Jun 9, 2023 oleh ariff bukhari

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meneruskan jalinan kerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) di mana syarikat telekomunikasi terkemuka negara itu menjadi Rakan Rasmi Teknologi bagi FAM dan pasukan kebangsaan, Harimau Malaysia untuk tempoh setahun bermula Jun 2023 ini.

FAM dan TM kali terakhir berkolaborasi adalah pada tahun 2020 dahulu.

Perjanjian baharu ini sekaligus  membuktikan komitmen TM terhadap pembangunan sukan bola sepak negara yang telah terlibat secara langsung dalam industri bola sepak tempatan sepanjang dua dekad yang lalu.

“Sudah pasti FAM berasa gembira dan berbesar hati dengan jalinan semula kerjasama bersama TM yang tentunya akan membawa manfaat besar kepada perancangan dan pembangunan skuad bola sepak kebangsaan.” Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin

Kerjasama antara TM dan FAM ini bakal membawakan pengalaman baharu kepada para penyokong pasukan kebangsaan melalui teknologi digital serta perkhidmatan komunikasi dan kandungan.

Berkaitan

  • Astro Fiber Tiba Di Sabah
  • Set Kepala Permainan Logitech G PRO X2 LIGHTSPEED Diperkenal, Dipacu PRO-G Graphene
  • Dapatkan 'Game' Padat Aksi Berharga RM25.90 Ini Secara Percuma Sekarang

Sumber: Siaran Media TM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
©2026 WISER.MY