Mula diuji sejak Jun lalu, ciri log masuk multi-akaun dalam satu aplikasi WhatsApp kini mula dilepaskan kepada penguji beta terpilih. {suggest} Buat masa ini, ciri tersebut hanya tersedia kepada pengguna terpilih, dengan kemas kini WhatsApp beta untuk Android dalam versi 2.23.17.8. Seperti dikongsi WABetaInfo, ciri ini membolehkan pengguna menambah akaun tambahan dalam aplikasi pemesejan itu….
Apple Alih Butang ‘End Call’ Dalam iOS 17, Pengguna Mungkin Akan Keliru
Apple nampaknya melakukan satu perubahan kecil, tetapi mungkin besar impaknya bagi sesetengah pengguna. Dalam iOS 17 versi beta, Apple dilaporkan telah mengalihkan posisi butang “End” yang digunakan untuk menamatkan panggilan. {suggest} Dalam iOS 16 ketika ini, butang “End” diletakkan secara berasingan jauh ke bawah. Namun, dengan iOS 17, ia telah dialihkan ke posisi paling kanan…
Risau Masalah Garisan Hijau? OnePlus Bagi Jaminan Seumur Hidup Tapi Terhad
Sejak beberapa tahun ini, isu “light saber” atau garis hijau pada skrin AMOLED/OLED semakin tular. Lebih parah, ada jenama yang menghiraukan dan tidak memberi penjelasan tentangnya. Justeru, OnePlus memberi jaminan seumur hidup untuk semua peranti mereka yang ada masalah garisan hijau pada skrin. Malangnya, ia terhad untuk negara India, setakat artikel ini ditulis. Ini bermakna,…
Sony Mula Uji Beta ‘Cloud Gaming’ PS5, Sokong Resolusi Hingga 4K
Sony PlayStation telah mengumumkan penstriman cloud gaming pada bulan Jun lepas, kini Sony telah melepaskan versi beta untuk perkhidmatan itu kepada pelanggan PS Plus Premium. Pada awal minggu ini, banyak pelanggan melaporkan di platform Reddit di mana mereka menerima jemputan beta eksklusif kepada penstriman awan PS5. Walaupun Beta, Tetapi Stabil Ramai pengguna di ResetEra menunjukkan…
Kerajaan Warta Larangan Penerbitan Jam Swatch Dengan Unsur LGBTQ+
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan perintah larangan terhadap penerbitan berkaitan LGBTQ+ dalam apa-apa bentuk yang terdapat pada jam Swatch, melalui Warta Kerajaan bertarikh 10 Ogos 2023. {suggest} Ia termasuk dalam apa-apa koleksi sama ada kotak, pembalut, aksesori atau perkara lain yang berkaitan. Jelas KDN, pewartaan Perintah Larangan tersebut adalah selaras dengan peruntukan di bawah…
Sertai Pertandingan Filem Pendek Canon 2023, Semua Jenis Kamera Dan Telefon Pintar Layak
Canon Marketing Malaysia (“Canon”) menjemput pembikin filem dan pencipta kandungan di seluruh negara untuk menyertai “Pertandingan Filem Pendek Canon 2023” yang pertama. Peraduan ini adalah terbuka kepada semua jenis kamera atau telefon pintar, untuk para peserta mempamerkan hasil kreatif mereka. Bertemakan “Keharmonian dalam Kepelbagaian,” Peraduan Filem Pendek Canon 2023 memberi tumpuan kepada filem pendek menawan…
