Bermula 6 Jun hingga 8 Jun 2024, Anker Innovations akan mengadakan jualan promosi 6.6 untuk beberapa barangan elektronik mereka yang terpilih. Senarai yang diterterakan di bawah adalah antara barangan elektronik yang terpilih untuk jualan promosi tersebut. Sehubungan dengan itu, Anker juga akan melancarkan produk fon putik jenama Soundcore yang terdiri daripada tiga model iaitu K20i,…
Amazfit Balance Kini Menjalankan Zepp OS Yang Dikuasakan AI
Zepp Health yang dikenali sebagai pembangun teknologi kesihatan global kini telah mengemaskini sistem operasi Zepp OS kepada versi 3.5 untuk peranti jam pintar model Amazfit Balance. Untuk pengetahuan anda, kemas kini terbaru ini diterapkan teknologi kecerdasan buatan LUI (Natural-Language User Interface) berasaskan LLM AI yang membolehkan penggunanya berinteraksi dengan peranti melalui jenis suara yang santai…
Pelanggan HSBC Malaysia Yang Guna Peranti Android Perlu Ubah Segera Tetapan Ini
Jika anda adalah pengguna bank HSBC Malaysia dan menggunakan aplikasi perbankan HSBC di telefon pintar, khususnya peranti Android, pihak HSBC memaklumkan bahawa, mulai 28 Mei 2024, HSBC akan melancarkan langkah keselamatan baharu kepada versi Android aplikasi Perbankan Mudah Alih HSBC Malaysia. HSBC menyatakan, langkah keselamatan baharu itu akan membantu mereka melindungi pelanggannya dengan lebih baik…
MSI Akan Perlihat Pengecas EV 180kW Di COMPUTEX 2024
Bersempena dengan acara pameran COMPUTEX 2024 yang akan berlangsung bermula 4 Jun hingga 7 Jun 2024, pasukan AIoT MSI akan memperkenalkan konsep Smart City dengan penggunaan kelengkapan berasaskan AIoT (Artificial Intelligence of Things) di kios mereka, #M0806. Salah satu yang akan menjadi tarikan adalah platform kad grafik 4U 4-GPU G4101 yang dibina khas untuk latihan…
AirAsia Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2024 – AirlineRatings.com
Kumpulan AirAsia (AirAsia Malaysia, Thai AirAsia, Philippines AirAsia, AirAsia X dan Thai AirAsia X) telah diumumkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2024 oleh AirlineRatings.com dalam Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan tahunan mereka. AirAsia yang dilancarkan pada tahun 2001 oleh Datuk Kamarudin Meranun dan Tan Sri Tony Fernandes dengan hanya dua pesawat, telah berkembang pesat dalam…
Huawei Pintas Samsung Dalam Pasaran Telefon Boleh Lipat Global
Berdasarkan data dari counterpoint, Huawei telah berjaya mengatasi Samsung Electronics untuk berada di tempat pertama dalam pasaran telefon boleh lipat global untuk suku pertama tahun ini. Kehadiran telefon boleh lipat Huawei dalam pasaran telah melonjak sebanyak 257% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, sekali gus mengatasi Samsung. Huawei menerajui dalam pasaran telefon boleh lipat secara…
