Orang Ramai Semakin Bosan Dengan Rekaan iPhone

Sambutan pelancaran iPhone 7 dianggap sebagai kejayaan tetapi data baru dari CRIP menunjukkan penjualan telefon pintar utama Apple itu tidak dapat menandingi penjualan iPhone 6s pada suku yang sama tahun lepas.

Walaupun dengan penambaikan dari bahagian kamera dan sebagainya, iPhone 7 tidak terjual sama banyak dengan iPhone 6s pada masa yang sama dengan tahun yang berbeza.

CIRP tidak menyatakan punca sebenar mengapa ini terjadi tetapi mungkin rekaan yang sama untuk keluaran iPhone terbaru mungkin mula mendatangkan masalah kepada Apple.

Data juga mendedahkan hanya peratusan kecil pengguna Android bertukar ke peranti Apple untuk iPhone 7 sementara pengguna Apple masih setia dengan jenama itu.

Kesimpulannya, Apple berada dalam tekanan untuk mengeluarkan model terbaru mereka, iPhone 8 dengan memberi pilihan baru kepada pengguna mereka sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Samsung menerusi Galaxy S8.

Sumber