Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
reno 7z 5g

OPPO Reno7 Z 5G Rasmi Untuk Pasaran Malaysia Pada RM1699, Ada Cahaya LED Juga

Diterbitkan Mac 29, 2022 · Dikemas kini Mac 29, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

OPPO sebentar tadi sudah merasmikan model terbaharu mereka, OPPO Reno7 Z 5G untuk pasaran Malaysia.

Telefon ini dikuasakan Snapdragon 695, RAM 8GB dan storan 128GB serta skrin sebesar 6.43 inci.

Paparan AMOLED FHD+ padanya juga mempunyai kadar segar 60Hz. Dengan bateri 4,500mAh, pengecasan pantasnya pula menyokong sehingga 33W.

OPPO Reno7 Z 5G Rasmi Untuk Pasaran Malaysia Pada RM1699, Ada Cahaya LED Juga

Kekuatan siri Reno ini ialah pada kameranya. Model kali in disertakan 3 kamera iaitu 64MP utama, 2MP monokrom dan 2MP makro.

Bagi swafoto pula, OPPO meletakkan lensa 16MP untuk kamera hadapan.

Menariknya, seperti Reno 7 Pro, ia jua dilengkapi ‘gelung’ cahaya di dua lensa kamera belakang yang dipanggil Dual Orbit Light.

OPPO Reno7 Z 5G Rasmi Untuk Pasaran Malaysia Pada RM1699, Ada Cahaya LED Juga

Tersedia dalam dua warna iaitu Cosmic Black dan Rainbow Spectrum, anda boleh melakukan pratempah dengan pelbagai tawaran terhad bernilai RM362 sehingga 1 April 2022. Antaranya ialah beg Reno, baucar kedai OPPO dan cawan tahan karat bersama suction.

OPPO Reno7 Z 5G Rasmi Untuk Pasaran Malaysia Pada RM1699, Ada Cahaya LED Juga

100 pelanggan pertama yang membelinya di shopee akan mendapat baucar Shopee RM100 dan cawan tahan karat.

Pada harga RM1,699, Anda boleh melakukan pratempah di laman web OPPO dan kedai fizikal OPPO serta Shopee mulai hari ini sehingga 1 April. Daripada semakan kami, telefon untuk tidak tersedia di Lazada.

Klik di SINI untuk membeli dan mempratempah OPPO Reno7 Z 5G melalui Shopee.

Baca juga:

  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY