Oppo Reno3 A Diperkenal Dengan Cip Snapdragon 665, 48MP Kuad Kamera

Oppo secara diam-diam telah melancarkan peranti baru di bawah siri Reno dalam pasaran Jepun yang dikenali sebagai Oppo Reno3 A.

Oppo Reno 3A dijana cip pemproses Snapdragon 665 dengan 6GB RAM dan 128GB storan. Dari segi paparan, ia dilengkapi skrin AMOLED bersaiz 6.44" FHD+, resolusi 1080 x 2400P dengan nisbah 20:9. Untuk penambahan storan, peranti ini turut mempunyai sokongan kad MikroSD.



Menjalankan sistem operasi Android 10, Oppo Reno3 A mempunyai kapasiti bateri 4025mAh dengan sokongan pengecasan pantas. Bagi sistem keselamatan pula, ia hadir dengan sensor imbasan cap jari bersama fungsi imbasan wajah.

Peranti ini menggunakan tetapan 4 lensa dengan 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro dan 2MP depth. Kamera swafoto pula dimuatkan dengan lensa 16MP.

Oppo Reno3 A hadir dengan dua pilihan warna iaitu Gradient White dan Black dan ditawarkan pada harga 39,800 Yen (~RM1,589) untuk pasaran Jepun. Ia mungkin hadir untuk pasaran global tidak lama lagi.

Sumber: GizmoChina

Beli siri OPPO Reno3 di:

Lazada (https://invol.co/clphg1)