OPPO Reno 10X Zoom Kini Mempunyai Pilihan RAM 12GB

Keluaran siri OPPO Reno ini terdiri daripada dua model termasuk OPPO Reno dan OPPO Reno 10x zoom. Reno 10x Zoom telah pun dilancarkan pada awal bulan Mei tahun ini dan nampaknya atas sambutan hangat ia kembali dengan sedikit tambah baik.

Memberi nafas baru kepada model sedia ada, kali ini ia muncul semula dengan edisi istimewa menampilkan 12GB RAM dan 256 GB ROM. Diperkenalkan dengan teknologi 10x zoom hibrid yang unik beserta 60x Digital Zoom, ini menjadikannya sebagai telefon pintar pertama dalam industri yang memiliki ciri-ciri tersebut sewaktu diperkenalkan dahulu.

Pengguna kini boleh merasai satu pengalaman yang lancar dengan gabungan kamera utamanya 48MP, kanta telefoto 13MP dan 8MP sudut ultra lebar.

OPPO Reno 10x zoom yang membawa 12GB RAM kali ini dipercayai bukan hanya sekadar peranti biasa yang digunakan untuk berkomunikasi, malah ia sesuai juga untuk digunakan dalam konteks penghasilan kerja seni.

OPPO mengoptimumkan masa dengan kualiti kelajuan dan fleksibiliti menerusi Reno 10x zoom. Inovasi perisian yang telah ditetapkan ini bertujuan untuk menyerlahkan lagi kreativiti pengguna.

OPPO Reno ini benar-benar direka untuk memberi inspirasi dan dijangka dapat menyampaikan pengalaman yang tinggi kepada semua pengguna di Malaysia.

Dapatkan pengalaman ini sendiri dengan melihat dan memegang OPPO Reno 10x zoom 12GB di acara pembukaan kedai utama mereka di The Gardens Mall yang akan diadakan pada 30 November. Temui bintang-bintang tanah air seperti Zul Ariffin dan Joey Chua, serta dapatkan pelbagai tawaran menarik di sana.