OPPO R9s Akan Dilancar Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Selepas memasarkan model F1 yang mengutamakan kamera selfie, OPPO  kembali dengan model baru menjelang tahun 2017. Diberitakan model R9s yang kali pertama diperkenalkan di China Oktober yang lalu bakal dipasarkan di Malaysia.

Telefon pintar terbabit bakal tampil dengan dua saiz yang berbeza yang mana R9s dengan skrin paparan 5.5 inci, dan satu lagi model dikenali sebagai R9s Plus dilengkapi dengan skrin paparan 6 inci. Kedua-duanya akan menggunakan resolusi paparan yang sama iaitu HD penuh (1920 x 1080). Untuk cip pemprosesan pula, masing-masing akan diperkasa dengan Qualcomm Snapdragon 625 2.0 Hz dan Qualcomm Snapdragon 623 1.95GHz.

161019oppor9s01

Selain itu, R9s hadir dengan RAM 4GB manakala versi Plus pula dengan RAM 6GB. Storan dalaman model-model ini berkapasiti 64GB disamping bateri berkuasa 3010 mAh dan 4000 mAh. Tumpuan utama telefon siri R9s adalah kamera utama 16 megapiksel menggunakan sensor Sony IMX398 tetapi versi Plus akan dilengkapkan dengan penstabilan imej optik. Terdapat juga satu lagi kamera 16-megapiksel pada bahagian hadapan telefon.

161223oppor9steaser

Buat masa sekarang, tidak dapat dipastikan lagi sama ada OPPO  akan memasarkan kedua-dua versi serentak atau tidak. Walaubagaimanapun, diyakini bahawa tarikh pelancara OPPO R9s dan OPPO R9s Plus akan diumumkan tidak lama lagi selepas papan tanda elektronik membayangkan model ini telah dipasang di Kuala Lumpur.

Sumber: lowyat.net