Oppo R15 Muncul Tampilkan Bingkai Nipis Dengan Rangka Logam

Khabar angin mengenai peranti Oppo R15 muncul di laman yang terkenal dengan berita-berita ketirisan, Weibo. Oppo dikatakan mahu terus menggunakan angka 15 dari menggunakan angka 13 dan pada ketika ini masih tidak dapat dipastikan mengapa mereka berbuat demikian.

Dan kalau mengikut gambar yang tertiris, R15 mungkin menjadi satu lagi peranti yang akan mengikut rekaan iPhone X dan Essential.



Terdapat 2 versi dikatakan akan keluar, satu bersaiz normal dan satu lagi bersaiz besar dengan nama R15 Plus. Saiz skrin paparan adalah bersaiz 6"inci untuk saiz normal dan untuk model Plus, 6.4" inci. Kedua-dua peranti diramalkan akan menggunakan cip kelas pertengahan dari Qualcomm iaitu Snapdragon 670.







Panel belakang pula memperlihatkan tetapan dwi kamera bersama-sama pengimbas cap jari. Tidak dapat dipastikan lagi samada peranti ini akan menggunakan sistem nyahkunci menggunakan wajah seperti peranti Oppo F5. Butiran lain tidak lagi diketahui buat masa ini dan butiran lain pasti bakal muncul pada masa akan datang.