Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
O-Haptics OPPO, Beri Pengalaman Gaming Seperti Guna Alat Kawalan Konsol

O-Haptics OPPO, Beri Pengalaman Gaming Seperti Guna Alat Kawalan Konsol

Diterbitkan Februari 14, 2022 oleh Faiz Munir

OPPO Find X5 Pro 5G akan dilancarkan secara rasmi pada bulan hadapan. Walaupun begitu, sudah banyak laporan yang kita dengar tentang peranti ini.

Antaranya ialah ia akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1, menggunakan modul kamera Hasselblad dan menyokong pengecasan pantas 80W.

Yang terbaharu, OPPO telah memperkenalkan tanda dagang O-Haptics yang diisi bersama dengan European Union Intellectual Property Office (EUIPO) untuk fungsi gaming yang mungkin akan diperkenalkan pada OPPO Find X5 Pro. Fungsi ini juga ditarafkan sebagai Class 9 (klasifikasi baik).

O-Haptics OPPO, Beri Pengalaman Gaming Seperti Guna Alat Kawalan Konsol

Fungsi ini akan meningkatkan pengalaman tindak balas haptik ketika main permainan video pada telefon pintar. Pengalaman ini kita boleh dapati ketika menggunakan alat kawan jauh seperti PS5 DualSense dan Switch Joy-con.

Sebelum ini, OPPO memperkenalkan X-axis Linear Motor pada OPPO Find X2 Pro yang mampu memberikan 4 tahap getaran. Motor ini berfungsi dengan sangat baik dan tepat yang tiada pada peranti Android yang lain.

O-Haptic ini memainkan peranan yang penting untuk memberikan pengalaman gaming yang lebih menarik. Ini disebabkan konsol dan komputer bukan lagi platfom permainan utama. Disebabkan itu, kita dapat lihat Samsung kenalkan cipset Exynos 2200 dengan teknologi RDNA2 dari AMD yang meningkatkan kualiti grafik.

Sebelum ini OPPO juga telah menggunakan nama “O-” sebagai penggunaan nama bagi produk mereka seperti fon telinga TWS O-Fresh dan juga plug telinga O-Free.

Sumber: LetsGoDigital

Foto utama: LetsGoDigital

Baca juga:

  • OPPO Find X5 Pro, Modul Kamera Makin Unik Tapi Tak Cukup Kamera
  • ASUS ROG Strix SCAR 2022 Kini Di Malaysia Bermula RM10,699
  • Kalau iPhone Buat Telefon Lipat, Mungkin Ini Bentuknya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY