OPPO Pula Akan Ada Telefon Dengan Skrin Kedua

OPPO baru-baru ni baru sahaja melancarkan telefon boleh lipat pertama mereka  iaitu OPPO Find N. Dan kini, OPPO sedang dalam rancangan untuk menghasilkan telefon pintar dengan skrin kedua pada bahagian belakang yang mungkin rekaan pada OPPO Find X4 Pro.

Berdasarkan visual yang telah dibuat oleh LetsGoDigital, OPPO akan mengeluarkan 3 model telefon dan masing-masing akan mempunyai saiz skrin kedua yang berbeza mengikut varian. Dua daripada tiga model tersebut akan mempunyai empat lensa kamera dan satu lagi pula hanya akan menggunakan dua lensa kamera sahaja.



Untuk model yang menggunaka empat model kamera, skrin kedua yang digunakan adalah lebih kecil dan akan dimuatkan pada tengah-tengah ruang kamera tersebut. Berbanding dengan model yang menggunakan model dua kamera, skrin kedua yang digunakan adalah lebih besar.

Disebabkan model telefon dua kamera ini mempunyai skrin yang besar, pengguna akan lebih senang untuk mengatur komposisi gambar yang lebih cantik. Selain itu, semua skrin ini diletakkan berdekatan dengan kamera, ia akan membuatkan pengguna lihat terus kepada kamera.



Dikatakan OPPO ingin menghasilkan telefon pintar dengan skrin kedua ini kerana OPPO mahu pengguna dapat mengambil gambar swafoto yang cantik menggunakan kamera utama. Tambah pula dengan penggunaan kamera swafoto bawah skrin, pengguna dapat merasai pengalaman guna skrin penuh tanpa gangguan lubang kamera.

Walaupun antara yang terawal menguji ciri kamera bawah paparan, setakat ini OPPO masih belum lagi menawarkan telefon pintar telefon dengan kelengkapan itu secara komersial. Mungkin dengan OPPO Find X4 Pro ini menjadi peranti pertama yang menggunakan teknologi tersebut untuk syarikat telefon OPPO ini.

Sumber: LetsGoDigital

Baca juga: