Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitledpg vault

Konsep XPG Vault, Boleh Simpan ‘Game’ Terus Dalam Tetikus

Diterbitkan Disember 28, 2021 oleh Faiz Munir

XPG merupakan syarikat pengeluar RAM dan SSD di bawah ADATA kini telah mengumumkan bahawa mereka akan menghasilkan ‘konsep’ tetikus yang mempunyai SSD. Melalui XPG Vault, ia akan mempunyai storan dalaman SSD sebesar 1TB dengan kelajuan hampir 1Gbps (985Mbps). Ini sekaligus membolehkan pengguna menyimpan sejumlah besar permainan dalam tetikus tersebut.

Walaupun sudah ada tetikus yang mempunyai storan dalaman untuk memudahkan pengguna memindahkan tetapan yang telah ditetapkan pada tetikus mereka, XPG dilihat cuba untuk mengembangkan lagi idea tersebut dalam penghasilan XPG Vault mereka.

Konsep XPG Vault, Boleh Simpan ‘Game’ Terus Dalam Tetikus
XPG Vault
xpg alpha
XPG Alpha

Rekaan yang digunakan pada XPG Vault ini adalah hampir serupa dengan XPG Alpha. Tetapi XPG Alpha ini tidak mempunyai storan dalaman dan merupakan tetikus jenis wayarles.

Buat masa ini, XPG masih lagi tidak mendedahkan spesifikasi tetikus berkenaan seperti berat, DPI mahupun sensor yang bakal digunakan walhal itu adalah perkara yang perlu diketahui oleh pengguna. Namun, apa yang pasti tetikus ini adalah tetikus jenis wayar yang menggunakan USB-C bagi menyokong pemindahan data SSD dalaman tersebut.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • Lebih 70 Game Dengan AMD FidelityFX, Baru Boleh Push Rank
  • ASUS Tawar Pemeriksaan Percuma Untuk Peranti Terkesan Akibat Banjir
  • Lain Pula Tujuannya, Konsol Sony Banyak Digunakan Untuk Tonton Porno

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY