Beli Telefon OPPO Terpilih, Anda Akan Dapat Rebat RM100 Dan Percuma Hadiah Bernilai RM277

Sempena akhir tahun ini, OPPO mengadakan Jualan Penuh Keriangan (Joy-Full Sale) yang akan memberi hadiah eksklusif bernilai sehingga RM8 juta.

Antara acara keriangan yang diadakan, OPPO akan memberikan hadiah pulangan dengan setiap pembelian produk telefon pintar yang terpilih iaitu OPPO Find X3 Pro 5G, Siri OPPO Reno6 dan OPPO A95.



Hadiah peluangan tesebut berupa lampu meja pengecasan wayarles bernilai RM279, kotak hadiah siri Reno6 yang bernilai RM277 berserta rebat bernilai RM100 dan akhir sekali TWS yang bernilai RM109 dengan hanya membayar RM1 sahaja.

Selain itu, pelanggan yang membeli produk telefon pintar terpilih tersebut boleh mendapat potongan 20% apabila membeli Pelan Perlindungan Kemalangan, OPPO Watch dan banyak lagi.



Tidak cukup dengan itu, pelanggan yang membeli mana-mana produk telefon pintar OPPO juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik melalui Festive Miracle Giveaway. Hadiah berikut berupakan penginapan di Resort World Genting berserta tiket ke Taman Tema Genting SkyWorlds, OPPO A95 dan banyak lagi.

Untuk menangi hadiah ini, anda hanya perlu mendaftar akaun di My OPPO App dan pergi ke 'Festive Miracles Giveaway' untuk tebus peluang menang.



Bagi ahli OPPO yang membeli telefon pintar terpilih, anda akan diberikan hadiah berupa baucar ke Taman Tema Genting SkyWorlds dan baucar hadiah beli 1 percuma 1 kraftangan Grande-sized beverage Starbucks melalui My OPPO App.

Akhir sekali, OPPO menyediakan aktiviti seperti Spin and Win dan Beat2Win untuk pengguna berpeluang pelbagai hadiah termasuk power bank dan banyak lagi apabila melawat Gerai OPPO di pintu masuk Taman Tema Indoor Skytropolis Genting Highland. Tidak lupa juga, OPPO akan mengadakan persembahan sempena Hari Krismas setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari 17 Disember 2021 hingga 14 Januari 2022.



Festival ini bermula daripada 17 Disember 2021 hingga 14 Januari 2022. Jualan Penuh Keriangan ini terdapat di semua My OPPO Space, Kedai OPPO, Gedung Jualan Rasmi OPPO, Shopee, Lazada dan Astro Go Shop. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk memenangi pelbagai hadiah menarik sepanjang festival ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pautan ini.

Sumber: Siaran akhbar OPPO

Baca juga: