Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO kamera intip

OPPO Perkenal Aplikasi Yang Boleh Kesan Kamera Tersembunyi Dalam Bilik

Diterbitkan Mac 16, 2022 oleh Anis Maisarah

OPPO telah mengumumkan bahawa syarikat telefon pintar tersebut bakal memberi ciri baharu kepada telefon pintar jenama OPPO yang mampu mengesan kamera tersembunyi. Menerusi media sosial Weibo, OPPO telah mempromosikan ciri baru tersebut untuk peranti OPPO Find X5 dan Find X5 Pro yang menjalankan ColorOS 12.1.

Walau bagaimanapun, teknologi tersebut dikatakan bakal dimanfaatkan oleh pengguna telefon pintar jenama lain juga. Untuk masa sekarang, ia hanya berada dalam pasaran negara China sahaja.

Fungsi atau ciri tersebut dianggap sangat berguna kepada pengguna telefon OPPO kerana dapat mengesan kamera tersembunyi ketika berada di rumah baru, rumah sewa, bilik hotel, bilik persalinan atau tempat-tempat lain. Jadi, selepas ini pengguna OPPO tidak perlu risau kalau-kalau mereka diintip ‘orang’.

OPPO Perkenal Aplikasi Yang Boleh Kesan Kamera Tersembunyi Dalam Bilik

Tapi, pengguna wajib muat turun aplikasi khas ciptaan OPPO tersebut terlebih dahulu di Google Play dan perlu menjalankan ColorOS 12.1. Selepas itu, pengguna perlu menutup semua lampu dan mematikan Wi-Fi untuk mengesan kamera tersembunyi yang disambung dengan Wi-Fi atau cahaya inframerah di sesebuah tempat yang dicurigai.

Biarpun begitu, seperti yang dinyatakan, aplikasi khusus ini terhad buat siri Find X5 dan varian China buat masa ini. Namun, OPPO mengatakan ia akan ditawarkan kepada penggunanya yang lain cuma belum diketahui bilakah ia dilancarkan.

Sumber : android authority, ColorOS

Baca juga :

  • China Dilaporkan Menutup Sementara Operasi Kilang, Foxconn, Huawei, Oppo Dan TCL Terjejas
  • (Ulasan) OPPO Enco Air2 – Noise Cancelling Yang ‘Noice’ Bersama Rekaan Yang Molek
  • (Ulasan) OPPO Watch Free – Skrin AMOLED Dengan Tali Unik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY