Menurut Letsgodigital, OPPO memfailkan paten peranti itu dengan WIPO (World Intellectual Property Organization). Paten tersebut sudah mendapat kelulusan pada minggu lepas dan ia memfokuskan mekanisme engsel yang boleh dilipat.
Beberapa gambar terdapat dalam dokumen tersebut termasuk peranti pintar yang boleh dilipat ke dalam dimana ia membuatkan paparan bagi peranti tersebut kurang rapuh.
Tidak seperti Samsung, OPPO akan menggunakan mekanisma yang tidak kompleks pada engselnya sepertimana pada Samsung Z Fold 2.
Disebabkan paten ini hanya mengenai peranti boleh dilipat, OPPO tidak memberikan sebarang spesifikasi lain serta belum pasti akan kehadiran skrin luar seperti Samsung Z fold 2 atau Motorola Razr.
Seperti peranti daripada jenama lain yang boleh dilipat, terdapat jurang di antara paparan skrin apabila ia dilipat pada peranti OPPO ini. Sementara itu, Samsung Z Fold 2 mempunyai jurang paling kecil, iaitu 1.4mm. OPPO juga ingin menggunakan teknologi paparan daripada syarikat BOE China dan bukan daripada Samsung.
Sumber: Letsgodigital
Berkaitan
- OPPO Memperkenalkan Teknologi Pengecasan Tanpa Wayar Dalam Kereta
- OPPO Find X2 Pro Hadir Dengan Warna Green Vegan Leather - Percuma OPPO Watch Dengan Harga RM5,399
- Anda Boleh Miliki Oppo Reno4 Serendah RM1
- Ini Harga Rasmi OPPO Find X3 Pro Buat Pasaran Tempatan
- Rupa OPPO Pad Diperlihat, Bakal Dilancar Bersama Siri Find X5 Minggu Ini
- OPPO Pad 2 Turut Diperkenal Dengan Tanda Harga RM2599
- OPPO Menawarkan OPPO Watch Dan OPPO Find X2 Pro Green Vegan Leather Dalam Satu Kotak
- OPPO A93 Ditawarkan Warna Baharu, Magic Blue Dengan Harga RM1199
- OPPO Rasmi Beri Petunjuk Smart TV Dengan Paparan Terapung
- OPPO Reno6 Dan Reno6 Z Akan Rasmi Di Malaysia Minggu Depan