Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
find x3 pro

Ini Harga Rasmi OPPO Find X3 Pro Buat Pasaran Tempatan

Diterbitkan Mac 25, 2021 oleh Amsyar Latif

Baru sahaja dilancarkan beberapa minggu lalu secara global, kini OPPO Find X3 Pro secara rasminya mendarat buat pasaran tempatan. Dari segi spesifikasi, ia tampil sama dengan yang diperkenalkan secara global.

Di dalam terbinanya cip pemproses Snapdragon 888 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ia juga dimuatkan bateri berkapasiti 4500mAh dengan pengecasan pantas 65W.

find x3 pro depan

Find X3 Pro turut dilengkapi paparan melengkung berukuran 6.7 inci QHD+ dengan sokongan kadar penyegaran 120Hz dan input sentuh 240Hz.

find x3 pro belakang

Pada bahagian hadapan, terdapat kamera swafoto 32MP. Sementara belakang, hadir dengan kuad-kamera dimana – 50MP utama dengan sensor Sony IMX 766, 50MP ultra lebar, 13MP telefoto dan 3MP mikro.

Dua pilihan warna yang ditawarkan, iaitu Gloss Black dan Blue. OPPO Find X3 Pro dijual secara rasmi di Malaysia pada harga RM4299 dan akan mula dijual bermula 9 April.

pra-tempah find x3 pro

Selain itu, pra-tempahan Find X3 Pro boleh dibuat bermula hari ini sehingga 8 April dimana pembeli berpeluang memiliki hadiah percuma bernilai RM1935 seperti Enco X, pengecas tanpa wayar dan kerangka telefon.

find x3 pro beli

Tempahan boleh dilakukan menerusi My OPPO Space, kedai rasmi OPPO, gedung dalam talian OPPO, Shopee, Lazada dan rakan pengedar yang sah.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY