Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oppo pad 3 cropped

OPPO Pad Dilancar, Guna Snapdragon 870 Dan Ada Stylus

Diterbitkan Februari 25, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Semalam, OPPO telah melancarkan beberapa produk baharu mereka termasuk siri Find X5, Enco dan tablet pertama daripada mereka, OPPO Pad.

Tablet ini dilengkapi cip Snapdragon 870, skrin bersaiz 11 inci, kamera belakang 13MP, bateri sebesar 8,360mAh, RAM sehingga 8GB dan storan maksimum 256GB tanpa sokongan kad memori.

oppo pad 3

Skrin 120Hz padanya menggunakan teknologi LCD LTPS dengan resolusi 2560 x 1600 piksel dan mempunyai sokongan HDR10. Ia menyokong pengecasan sehingga 33W.

Dalam pada itu, Oppo Pad ini disertakan kamera 13MP di belakang dan 8MP untuk swafoto.

OPPO Pad Dilancar, Guna Snapdragon 870 Dan Ada Stylus

Menggunakan Android 11, ColorOS padanya juga sedikit berbeza berbanding pada telefon kerana ia ColorOS For Pad ini dikatakan dicipta untuk mengoptimasikan skrin besar pada tablet dan integrasi dengan telefon OPPO yang lancar.

Selain itu, juga dilengkapi ciri Dolby Atmos dan Hi-Res serta pembesar suara kuad untuk audio yang lantang dan berkualiti.

Oppo Pad announced with SD 870, Color OS for Pad and Pencil stylus

Menariknya, OPPO menggunakan kemasan dua tona warna dan meletakkan penjenamaan mereka dengan besar di panel belakang tablet sulung mereka ini menjadikannya unik kerana hampir kesemua tablet di pasaran sekarang hadir dengan rekaan kosong.

OPPO PAD Price and Specifications

Stylus yang dinamakan OPPO Pencil mempunyai kadar sensitiviti sehingga 4096 dan boleh dilekatkan serta dicas pada tablet melalui magnet. OPPO Pencil dijual pada harga ~RM330 (CNY499) manakala menjual kerangka (case) papan kekunci pada ~RM265 (CNY399).

Walaupun OPPO masih belum mengeluarkan tarikh untuk pasaran global, namun ia akan dijual di China bermula bulan depan dengan harga ~RM1,527 (CNY 2,299) untuk varian 6/128GB dan ~RM1992  (CNY 2,299) untuk varian 8/256GB.

Baca juga:

  • OPPO Find X5 Pro Rasmi – Kamera Hasselblad, MariSilicon X, Dua Sensor 50MP
  • OPPO Watch Free Diperkenalkan – Penjejak Kesihatan Dengan Paparan AMOLED Berharga RM449
  • Digi Buka Pra-Tempah Siri OPPO Reno7 Mulai Hari Ini, Harga Serendah RM45 Sebulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY