Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Pad 3 matte display edition

OPPO Pad 3 Matte Display Edition Rasmi Di Malaysia, Harga RM1,999

Diterbitkan Januari 7, 2025 ยท Dikemas kini Januari 7, 2025 oleh Amsyar Latif

November tahun lalu, OPPO Pad 3 dilancarkan di China di mana ia alternatif kepada OPPO Pad 3 Pro dan ia juga menampilkan skrin anti silau. Kini, OPPO Pad 3 Matte Display Edition juga tiba di Malaysia secara rasmi.

Tablet ini dilengkapi cip Dimensity 8350 dan digandingkan bersama memori 12GB dan storan dalaman 512GB. Ia turut hadir dengan skrin 11 inci LCD (LTPS) 2800×2000 dan kadar segar semula 144Hz.

OPPO Pad 3 anti silau

Dimuatkan bateri berkapasiti 9520mAh dan pengecasan 67W. Tidak dilupakan juga kamera belakang dan juga hadapan beresolusi 8MP. Melengkapkan tablet ini adalah empat pembesar suara, bluetooth 5.4 dan menjalankan ColorOS 15. Peranti ini dijual pada harga Rm1,999 dan OPPO menawarkan aksesori Smart Case berharga RM149, Pencil 2 RM399 dan Smart Keyboard pada RM499.

Dalam perkembangan lain, OPPO Enco Air4 juga mula dijual di Malaysia dengan harga RM249. Ia dilengkapi pemacu audio 12.4mm dengan sokongan ANC, bluetooth 5.4, codec AAC/SBC, bateri 440mAh dan penarafan IP55.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Siri OPPO Reno13 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Permulaan RM2,299
  • OPPO Reno13 F 5G Turut Dibawa Masuk Ke Malaysia Dengan Harga Bermula RM1,399

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
©2026 WISER.MY