OPPO secara rasminya membawa masuk peranti Reno terbaru menerusi siri Reno13. Beberapa peningkatan yang ditawarkan dari segi kamera dan juga AI.
OPPO Reno13 Pro dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8350 dengan konfigurasi memori 12GB LPDDR5X dan storan dalaman 256GB/512GB UFS 3.1. Ia dilengkapi paparan AMOLED 6.83 inci FHD+ 120Hz dan dilindungi Corning Gorilla Glass 7i.
Peranti ini hadir dengan tiga kamera yang terdiri 50MP (OIS) lebar, 50MP telefoto dan 8MP ultra lebar serta swafoto 50MP. Turut dibekalkan bateri 5800mAh dengan sokongan pengecasan 80W berwayar.
Lain-lain adalah termasuk penarafan IP68/IP69, pembesar suara stereo, bluetooth 5.3, NFC dan menjalankan ColorOS 15.
Manakala, OPPO Reno13 dijana cip sama MediaTek Dimensity 8350 dengan padanan memori 12GB RAM serta storan sehingga 512GB. Skrin seluas 6.59 inci FHD+ 120Hz dan dilindungi Corning Gorilla Glass 7i. Tetapan kamera juga sama dengan model pro dan kelajuan cas pun sama tetapi bateri berkapasiti 5600mAh.
Model pro ditawarkan dalam dua pilihan warna — Plume Purple dan Graphite Grey. Sementara model standard pula Plume White dan Luminous Blue. Berikut adalah harga yang ditawarkan di Malaysia:
- OPPO Reno13 Pro 12GB+512GB – RM2,999
- OPPO Reno13 12GB+512GB – RM2,599
- OPPO Reno 13 12GB+256GB – RM2,299
Bagi mana-mana yang membuat prapesan bermula hari ini sehingga 10 Januari akan menerima rebat RM200 serta hadiah bernilai sehingga RM2,266.
{suggest}