Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oppo pad air 3

OPPO Pad 2 Mungkin Hadir Dengan Cip Snapdragon 888

Diterbitkan Mac 7, 2023 · Dikemas kini Mac 7, 2023 oleh Firdaus

OPPO Pad 2 dikesan dalam platform penanda aras Geekbench dan menggunakan cip pemprosesan daripada Qualcomm Snapdragon.

Screenshot 2023-03-07 165342

Walaupun hasil keputusan itu tidak menyatakan nama bagi cip yang digunakan, besar kemungkinan ia adalah Snapdragon 888 kerana kelajuan CPU nya yang sama – 2.84GHz teras utama, 2.42GHz teras tengah and 1.8GHz teras kecil.

Untuk pengetahuan anda, OPPO Pad yang dilancarkan awal tahun lepas menggunakan Snapdragon 870 tetapi tidak hadir ke pasaran Malaysia. Namun OPPO Pad Air telah dipilih untuk memasuki pasaran tempatan.

Spesifikasi OPPO Pad 2

Berdasarkan gambar di bawah, OPPO Pad 2 ini mungkin dikuasakan cip Snapdragon 888, menggunakan Android 13, dan mempunyai memori RAM sebesar 8GB.

Screenshot 2023-03-07 165534

Selain itu, tablet ini disokongkan bateri 9,500mAh yang besar dengan pengecasan pantas 67W. Untuk paparan pula, ia dikhabarkan hadir dengan skrin LCD berukuran 11.6″ beresolusi 2,800 x 2,000 dan sokong kadar segar semula 144Hz.

Berkemungkinan besar OPPO bakal mengumumkan atau melancarkan peranti tablet OPPO Pad 2 ini bersama dengan pelancaran Find X6 Pro.

Sumber: Geekbench, GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • OPPO Find X6 Pro Dilapor Mempunyai Kecerahan Skrin Sehingga 2500 Nit
  • Siri Huawei P60 Dan Mate X3 Mungkin Dilancarkan Pada 23 Mac Ini
  • Gurman: Pengumuman iPhone 14 Dengan Warna Baharu 'Akan Berlaku' Dalam Masa Terdekat
  • Samsung Selesa Berada Di Puncak 'Liga' Pasaran Telefon Boleh Lipat Pada Tahun 2022
  • Menurut DXOMARK, Ini 10 Telefon Dengan Kamera Terbaik Setakat Ini

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY