Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Juga Dikatakan Mahu Buat Cip Telefon Sendiri

OPPO Juga Dikatakan Mahu Buat Cip Telefon Sendiri

Diterbitkan Oktober 20, 2021 oleh Faiz Munir

Selepas Google telah melancarkan Pixel 6 yang menggunakan cip mereka sendiri iaitu Tensor, kini OPPO pula dilaporkan akan turut mengikut jejak langkah mereka.

Dengan penghasilan cip ini, OPPO bakal sebaris bersama jenama Apple, Samsung, Huawei dan Google dalam menggunakan cip bagi peranti keluaran mereka.

OPPO yang dalam masa ini masih dalam proses untuk membina cip pemproses tersebut dan dijangka akan memperkenalkannya dalam 2-3 tahun lagi. OPPO juga dilaporkan bahawa mereka akan menggunakan cip pemprosesan dengan teknologi 3nm dari TSMC.

Sebenarnya, perkara ini bukan sesuatu yang baharu. Xiaomi dahulu pernah menampilkan cip Surge S1 tetapi ia tidak cukup berjaya.

Namun, jenama dari China sudah berjinak-jinak dengan menghasilkan cip pemprosesan imej sendiri seperti vivo V1 dan Surge C1.

Sumber: Nikkei

Baca juga:

  • Google Rasmikan Siri Pixel 6 – Rekaan Baharu, Cip Tensor Dan Kamera Besar
  • Android 12 Kini Tersedia Buat Pengguna Pixel

  • Apple Lancar AirPods Gen 3 – Rupa Macam AirPods Pro, Harga Mampu Milik

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY