Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BD-R Pioneer

Cakera Blu-Ray Ini Dijamin Mampu Simpan Data Selama 100 Tahun

Diterbitkan Mac 22, 2023 oleh ariff bukhari

Negara Jepun telah melaksanakan Peraturan Penguatkuasaan Akta Pemeliharaan Buku Elektronik yang berkuatkuasa sejak 1 Oktober 2020 dahulu.

Penguatkuasaan akta itu menetapkan rekod disimpan dalam bentuk elektronik bagi menggantikan dokumen kertas untuk mengurangkan beban menyimpan buku dan dokumen berkaitan cukai negara untuk pembayar cukai.

Jadi bagi memenuhi keperluan itu, syarikat pengeluar pelbagai barangan elektronik, Pioneer telah memperkenalkan produk terbaru iaitu pemacu cakera optikal Blu-Ray (ODD) dan cakera BD-R yang berupaya menyimpan data dengan jaminan mampu bertahun selama 100 tahun.

BD-R Pioneer 3

Bagi memastikan agensi mematuhi keperluan 100 tahun itu, kerajaan Jepun telah membangunkan standard kualiti yang dinamakan sebagai JIS X6257 untuk cakera optik dan kaedah rakaman yang digunakan untuk menulis data kepada mereka.

Sementara itu, Persatuan Pengurusan Maklumat Dokumen Jepun (JIIMA) telah menetapkan satu set kaedah pensijilan untuk media optik yang mematuhi piawaian JIS X6257.

Perakam Blu-ray BDR-WX01DM Pioneer ini adalah pemacu cakera optik pertama dalam industri yang memenuhi keperluan JIS X6257 untuk kualiti cakera dan kaedah rakaman yang ditetapkan kerajaan Jepun.

BD-R Pioneer 2

Pemacu ini menggunakan motor yang sangat boleh dipercayai dengan sistem mekanikal tahan lama dan struktur perisai habuk, jadi ia lebih dipercayai berbanding pemacu cakera optik yang murah untuk komputer.

Malah pemacu itu juga serasi untuk digunakan dengan media M-Disc (yang menggunakan karbon kaca untuk lapisan data) yang menjanjikan ketahanan data selama 1,000 tahun.

Pemacu Pioneer BDR-WX01DM ini berharga ¥ 59,800 (~RM2020), manakala satu pek cakera BD-R berkapasiti 25GB IPS-BD11J03P pula dijual pada harga ¥ 2,340 (~RM79 tanpa cukai).

BD-R Pioneer 1

Menurut Institut Konservasi Kanada yang menerbitkan kertas kerja mengenai jangka hayat media, cakera BD-R dijangka bertahan antara 5 hingga 20 tahun, bergantung kepada bahan yang mereka gunakan.

BD-RE (cakera Blu-ray yang boleh dipadam), dianggarkan mampu bertahan selama 20 hingga 50 tahun manakala DVD-R dan CD-R, yang memegang data yang jauh lebih sedikit pula boleh bertahan antara 50 hingga 100 tahun.

Berkaitan

  • Acer Lancar e-Basikal Pintar, Dipacu Teknologi AI
  • Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah Bakal Terima Insentif e-Dompet RM20
  • Suruhanjaya Persaingan Sambut Baik Usaha Kerajaan Cuba Isu Henti Monopoli Touch 'n Go

Sumber: Tom’s Hardware,  Library of Congress

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY