Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
e-basikal tanpa rantai 1

Akhirnya Basikal Tanpa Rantai Menjadi Realiti

Diterbitkan Mac 21, 2023 oleh ariff bukhari

Selepas hampir 2 tahun pembangunan basikal tanpa rantai dijalankan oleh syarikat dari Eropah iaitu Schaeffler, kini mereka mula membekalkan e-basikal tanpa sambungan rantai kepada pelanggan pertama mereka.

Menerusi kerjasama dengan rakan mereka iaitu Heinzmann GmbH & Co. KG yang mempunyai kepakaran dalam kenderaan elektrik 2 roda, mereka secara bersama berjaya membangunkan teknologi sistem tanpa rantai yang dikenali sebagai Free Drive.

e-basikal tanpa rantai 2
Basikal kargo elektrik yang menggabungkan sistem pemacu tanpa rantai Free Drive boleh digunakan sebagai e-mobiliti untuk menghantar pelbagai barangan seperti makanan, surat, dan ubat-ubatan di bandar.

Schaeffler menjelaskan, komponen utama sistem Free Drive ialah penjana Schaeffler yang menetapkan rintangan berterusan pada pedal sambil pada masa yang sama menyerap kuasa mengayuh penunggang.

Ia adalah pemacu hibrid bersiri yang menukarkan tenaga mekanikal yang dihasilkan semasa mengayuh kepada tenaga elektrik yang kemudiannya ditukarkan kembali menjadi tenaga mekanikal dalam motor hab roda.

Akhirnya Basikal Tanpa Rantai Menjadi Realiti
Free Drive berupaya menjana kuasa pemacu keseluruhan sebanyak 250 watt.

Antara faedah utama pemacu hibrid bersiri Schaeffler ini untuk basikal adalah ia tidak memerlukan rantai, tali sawat, cincin gear, gegancu, atau komponen pemacu mekanikal yang lain.

Sekaligus menjadikan ia kurang terdedah kepada isu haus mekanikal berbanding e-basikal konvensional yang memerlukan penyelenggaraan yang lebih. Sebagai contoh minyak rantai.

Sebuah lagi syarikat yang memanfaatkan teknologi sistem Free Drive ini adalah mocci menerusi penghasilan Smart Pedal Vehicles.

mocci turut menghasilkan ciri inovatif lain pada e-basikal mereka seperti penggunaan material pada roda dan bingkai hadapan roda yang diperbuat daripada plastik berprestasi tinggi yang boleh dikitar semula yang bukannya daripada keluli atau aluminium yang biasa digunakan pada basikal konvensional.

e-basikal tanpa rantai 3

Pada tahun 2021 dahulu, pasaran basikal kargo elektrik global adalah bernilai USD 630 juta, peningkatan sebanyak 9% peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pasaran basikal kargo elektrik global dijangka berkembang kepada USD 2.14 bilion menjelang 2032 nanti.

Berkaitan

  • Berharga RM499, FreeYond F9 Rasmi Di Malaysia
  • Acer Lancar e-Basikal Pintar, Dipacu Teknologi AI
  • Bermula September, 5 Lebuh Raya Terima Kad Debit/Kredit Untuk Pembayaran

Sumber: Schaeffler Group

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY