Seperti yang diketahui, siri X dari OPPO merupakan peranti premium dan andalan mereka. Menariknya lagi, OPPO sering berani dalam memberikan sesuatu yang unik berbanding pesaingnya.
Selepas melancarkan Find X3 Pro tahun ini, mereka bakal hadir dengan Find X5 Pro pula. Mengapa bukan Find X4? Anda sendiri sudah tahu sebabnya.
OPPO Find X5 Pro kini mula diperlihatkan konsepnya. Melalui imej yang dikongsikan OnLeaks X Prepp, peranti ini tampil modul kamera seperti Find X3 Pro tetapi sedikit unik.
Bukan itu sahaja, selain modul kamera yang sedikit berbeza, ia turut hanya menampakkan tiga sahaja lensa berbanding model terdahulunya.
Jika Find X3 Pro mempunyai tetapan 4 kamera, Find X5 Pro pula hanya 3 kamera yang mungkin merangkumi 50MP+50MP+13MP. Mungkin OPPO tidak mahu lagi menawarkan lensa mikroskop.
Selain itu, peranti ini dikatakan dilengkapi paparan 6.78 inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, bateri 5000mAh dan juga dikuasakan cip Dimensity 9000. Namun, tidak mustahil juga Find X5 Pro menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1.
Sumber: Android Police
Baca juga: