Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oppo a96

OPPO A96 Hadir Tak Lama Lagi, Siri A Pertama Dengan RAM Sehingga 13GB

Diterbitkan April 13, 2022 · Dikemas kini April 13, 2022 oleh Nadiah Ab

Model terbaru telefon pintar OPPO dari siri A, OPPO A96 akan tersedia di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Hadir dengan 8GB RAM dan storan 256GB dengan keupayaan pengembangan RAM sehingga 5GB, A96 menjadi telefon pintar siri A yang pertama dengan kapasiti storan yang begitu besar.

Tambahan pula, ia dilengkapi dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas SUPERVOOC 33W.

Tiada butiran lebih lanjut diberikan oleh OPPO Malaysia, namun menurut laporan dari Low Yat, OPPO A96 akan dilancarkan di Malaysia pada 18 April 2022.

oppo a96
Sumber: OPPO Malaysia

OPPO Malaysia turut mengesahkan bahawa pra-tempah A96 akan dibuka tidak lama lagi dan hanya dibuka dalam tempoh masa terhad.

Setiap pra-tempah yang dilakukan akan berpeluang memperoleh ganjaran bernilai dari RM498 sehingga RM947 termasuk diskaun 50% untuk pembelian OPPO Watch Free, OPPO Band, atau Enco Air2, dan pelbagai ganjaran lain lagi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelancaran dan kempen pra-tempah A96, anda boleh layari halaman Facebook rasmi OPPO Malaysia di sini.

Sumber: Siaran Akhbar OPPO Malaysia

Baca juga:

  • OPPO Perkenal Aplikasi Yang Boleh Kesan Kamera Tersembunyi Dalam Bilik
  • OPPO Find N – Telefon Lipat Sedap Tapi Sayang Tak Masuk Malaysia
  • (Ulasan) OPPO Reno7 Z 5G – Keturunan Yang Terus Fokus Dengan Potret

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY