Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI ChatGPT

ChatGPT Didapati Menapis Nama Tertentu, Ini Respon OpenAI

Diterbitkan Disember 5, 2024 · Dikemas kini Disember 5, 2024 oleh ariff bukhari

ChatGPT didapati menapis nama-nama tertentu termasuklah David Mayer, Brian Hood, Jonathan Turley, Jonathan Zittrain, David Faber dan Guido Scorza.

Apabila ditanya tentang nama-nama ini, ChatGPT menjawab “Saya tidak dapat menghasilkan respons” atau “Terdapat ralat menjana respons” sebelum menamatkan sesi sembang.

Sebab penapisan ini masih tidak jelas yang mencetuskan spekulasi dan menimbulkan kebimbangan tentang potensi berat sebelah dan batasan AI.

Tapi dispekulasi bahawa daripada  sesetengah individu yang ditapis itu mungkin telah meminta penyingkiran atau sekatan maklumat tertentu tentang mereka dalam talian, yang berpotensi menyebabkan nama mereka tidak muncul dalam AI.

Ia disebabkan oleh aduan tentang kecenderungan ChatGPT untuk mengungkap respons yang salah apabila kekurangan maklumat yang mencukupi tentang seseorang.

Ekoran itu, pembangun ChatGPT, OpenAI, telah memberikan sedikit penjelasan tentang situasi tersebut dengan menyatakan bahawa isu Mayer adalah disebabkan oleh gangguan sistem.

“Salah satu alat kami tersilap menandakan nama ini dan menghalangnya daripada muncul dalam respon yang tidak sepatutnya. Kami sedang berusaha untuk membetulkan,” kata jurucakap OpenAI

OpenAI telah membetulkan isu “David Mayer” dan kini menjawab pertanyaan menggunakan nama itu, walaupun begitu nama lain masih mencetuskan respons “nampaknya ada sesuatu yang tidak kena” apabila ditaip ke dalam ChatGPT.

ChatGPT Didapati Menapis Nama Tertentu, Ini Respon OpenAI

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • OpenAI Lancarkan Aplikasi Rasmi ChatGPT Untuk Windows
  • Spotify Wrapped 2024, Hadir Dengan Ciri Baharu Dan AI Peribadi

Sumber: The Guardian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY